-->

EPOOL BLoGiSm : Bout My True Story ⎝⓿⏝⓿⎠

Pages

  • Home

Search This Blog

Sunday, January 29, 2012

YEAYY !!!


Dulu saya menolak semua cerita yang ada unsur percintaan. Saya mengelak dari melihat cerita romantik. Sebab saya takut sedih & teringat kembali kenangan manis saya dulu yg sekarang saya tidak mahu ingat langsung. Jika teringat kenangan manis dulu, mesti ingat muka perempuan jahat tuss. Taknak ingat dos, benci kat dia.

Tapi sekarang bila selalu buka blog 'I', terperasan lagu di blog 'I' bertajuk Fox Rain sedaplah. Bila asyik dengar2, teringin pulak nak tengok video klip lagu tu. Video klip pulak trailer cerita My Girlfriend is Gumiho. Biler tengok video klip tu, teringin pulak nak tengok citer tu. Tak pasal2 minat pulak. Tiba2 baru perasan. Saya dah boleh tengok cerita romantik? Yeay! Yeay! Hati saya dah sembuh! Hati saya ingin merasai kembali perasaan cinta setelah hancur dulu.

Saya turut gembira, hati saya sudah ada rasa ingin lihat cerita romantik. Tapi saya rasa takot lagi la nak tengok filem yg paling romantik abad ini, iaitu "Titanic". Yekk. Taknak tengok eh.

Thanks 'I', awak dah sembuhkan hati saya yg hancur teruk dulu. Dah la awak juga yang selamatkan saya dulu dr wat benda yg bukan2 masa frust dulu, pastu awak sembuhkan hati saya pulak. Awak buat hati saya berbunga. 'I' banyak berjasa utk saya. Maybe saya tak mampu membalasnya. Saya hanya ada cinta & a kiss for you.

PS :
Harap saya mampu bahagiakan awak. Awak la sesuatu yg saya paling banggakan sekarang.
Saranghaeyo 'I'.
Posted by SayFull at 4:25 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, January 28, 2012

Bahagia !!


26 Januari 2012 adalah tarikh biasa bagi kamu semua. Tetapi tidak bagi saya. Pada tarikh ini, saya menjadi gila akibat terlalu "BAHAGIA" ! Saya sangat bahagia buat masa sekarang. Oh tuhan! Hanya tuhan saja yang tahu betapa gembiranya dan bahagianya hati saya ketika itu.

Walau 2 hari sudah berlalu, kenangan pada hari itu sering berulang-ulang di minda saya dan menarik urat-urat di muka saya, memaksa saya tersenyum sendiri. Gila! Saya berasa terlalu bahagia. Minta maaf sebab asyik mengucapkan perkara yang sama. Sebab saya terlalu sangat sangat sangat sangat bahagia.

Apa yang buat saya terlalu bahagia? Sebuah nama yang bermula dengan huruf 'I'. Pada 26 Januari adalah tarikh 'first date' kami. Yang pertama yang buat kami bahagia adalah pertemuan setelah sekian lama saling merindu. Yang kedua saya dapat memegang tangan 'I' dengan erat. Saya takkan lupakan saat itu untuk selamanya.

Saat paling saya suka adalah masa saya duduk di kerusi, berehat kerana sakit dada dan sakit kepala. Tiba-tiba rakan-rakan 'I' berpindah ke lokasi lain. 'I' mengikut kawannya namun berpatah balik kerana melihat saya yang masih duduk di kerusi di KB Mall. Namun perkara itu sememangnya disengajakan. Tetapi, maybe 'Cupid' yg menolong melancarkan rancangan saya. 'I' menghulurkan tangannya seperti yang saya harapkan. Saya memegang tangannya dan 'I'menarik saya bangun dari kerusi itu.

Kalau boleh, saya mahu melakukan perkara itu berulang-ulang kali. Saya tersangat hepi. Ya tuhan, pinjamkan hamba mu ini untuk aku sayangi di sepanjang hayat aku. Diri mu ibarat sememangnya dicipta untuk menjadi kekasihku. 'I' mempunyai wajah iras2 Korea, dan dia meminati cerita Korea "My Girlfriend is Gumiho" yang mempunyai hero iras2 saya. So cinta kami cinta Korea laa kot.
haha..

PS :
Aku tersangat-sangat cintakan dia, tersangat-sangat sayangkan dia. Impian aku hanyalah untuk menjadi kekasih terbaik dr yg terbaik yg pernah memiliki 'I'. Tolong! sayang awak sangat2...
Posted by SayFull at 3:57 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, January 26, 2012

Kenangan Manis Menutup Kenangan Pahit


Bermulanya hari ini, saya berasa sangat hepi. Kerana telah berjanji akan "dating" bersama 'i'. Setelah sekian lama menunggu sehingga termimpi-mimpi, akhirnya dapat juga saya jumpa 'i' yg telah lama ku rindukan. Namun dalam dating kami hari ini, terkandungnya 1 kenangan manis dan sedikit kenangan pahit.

Kenangan Pahit :
Semua kawan-kawan 'i' bersepakat ingin ke tandas selepas makan di KFC. So saya yg tiada arah tuju pun pergi ke tandas juga lah sebab ingin mengisi masa terluang. haha. Masuk jer dalam tandas laki, tandas laki penuh dgn budak2 laki yg seperti samseng sedang menghisap rokok. Kalau saya betulkan rambut kat sini, kebarangkalian untuk di samun amat tinggi. So saya naik lif, menuju ke tandas di aras 3. Masuk jer tandas aras, sekeliling ada sorang laki sebaya saya jer. Sedang saya betulkan rambut tu datang sorang laki warga cina senyum ke arah saya. Saya membalasnya. Dia pun berkata "semat dos eyhh!". Aku ketawa tanda tidak sombong. Dia pun menghampiri dan bertanya umur saya. Saya menjawab biasa. Tiba2 dia cakap pasal kemaluan laki dan cara nak membesarkannya. Tiba2 juga dia pegang anu saya. Siot, kejut gila saya! Lepas dia pegang, dia cakap "masih boleh membesar". Dia pun tunjuk kemaluan dia, nak muntah saya rasanya. Dia pun sentuh lagi anu saya. Saya pun rasa macam pak cik nie cam lebih2 jer. Saya pun keluar dgn segera. Tunggu depan lif, nak turun. Nampak dia keluar juga dari tandas. Saya taknak dah bersemuka dgn dia takut dia buat sekali lagi. So saya lari turun ke bawah terjumpa pula dgn rakan saya. Saya buat2 cakap dgn kawan saya agar dia tidak mengejar saya lagi. Fuhh! thanks kawan. Lega rasa.

Kenangan Indah :
Saya dapat pegang tangan 'i' dan confius, adakah ini tangan atau plastik. Lembut sangat. Bahagia gila rasa hari ini. Sehingga sesampainya di rumah terasa seperti mimpi jer event berpegang tgn dgn 'i' tadi. Tapi yang peliknya, saya malu sampai sakit dada. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa. 'i' memang cantik, macam pelakon Korea.

PS :
aku tak boleh terima, gay cina geram tgk aku! haha
Posted by SayFull at 8:45 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, January 12, 2012

It Has Been A While My Heart Not Autumning


When somebody fallen love, our heart will be seasonal.

Musim Bunga - Di lamun cinta.
Musim Luruh - Merindui seseorang yg tersayang.
Musim Panas - Cinta yg masih membara.
Musim Hujan - Di lukai orang tersayang.

I forgot what I want to say. Give me some times, I want to think.
I want to say I love you. Before, you say you can make me happy. So please, make my heart autumn again. If you can't, let me borrow a few minutes of your life for me to spread my love in your heart again. Let me make your happy again.

PS :
I hope you have time to spend with me in weekend.
I will wai for you.....
Posted by SayFull at 3:13 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, January 9, 2012

Kecian Kucing Saya ;(


Masa tengah menaip blog tadi, kucing saya yang manja menggeselkan kepalanya pada kaki saya tanda dia nak bermanja. Saya ambik la dia letak atas riba, saya pun gosok kepala dia. Lama, lama saya pun letih la. Saya letak atas lantai. Dia pun menggeselkan kepala saya pada kaki saya, saya buat tak tahu jer. Dia pun gigit kaki saya. Saya nak marah la, saya tolak dia ke tepi. Dia mari balik, saya tolak balik. Dia mari sekali lagi, saya nak marah saya tolak kuat sikit. Dia jatuh tergolek, kesian pulak tengok dia. Cara dia jatuh tu membuatkan saya kesian kat dia. Sesaper tengok pun pasti rasa kesian dengan cara dia jatuh. Lepas dia jatuh, dia x bergerak sambil lihat kat saya sambil terlentang menampakkan perut buncit dia seperti mengandung. Menambahkan kesian saya.

ps :
sorry kucing, bkn niat saya nak tolak awk. :(
Posted by SayFull at 2:59 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

I MISS YOU


Kelmarin, ketika dalam perjalanan ke destinasi, saya melalui di depan pagar sekolah. Dari jauh saya melihat lembaga yang jauh nun di sana yang telah membuatkan rindu saya bergelonjak. Dalam penglihatan kabur berharap lembaga itu benar2 si 'i'. Saya pun terus masuk ke sekolah untuk berjumpa dengan 'i' namun malu menguasai diri, lagipun kawan2nyer ada bersama membuatkan saya membatalkan hajat saya utk melepaskan rindu utk berjumpa si 'i'. Dapat melihatnya dari jauh sudah terubat sedikit rindu di hati.

Selepas pulang dari destinasi, pada malam itu, selepas balik dari kerja pada pukul 4 pagi, mata terus menjalankan tugasnya melelapkan mata. Dengan kehadiran si 'i' dalam mimpi saya membuatkan saya lebih merinduinya. 1st time mimpikan 'i'.

Mimpi saya berupa macam ini :
Saya mimpi ber-jalan2 di sebuah bandar yg langsung tidak menyerupai bandar KB. Bandar yg lebih besar dgn bangunan yg lebih tinggi. Saya berjalan di sebuah shopping complex bersama 'i'. Berpimpin tangan. Saya masih ingat, dalam mimpi itu, tangan 'i' sangat hangat. Entah kenapa. Tengah berjalan saya terlihat "kekasih" saya (watak yang tak pernah muncul dalam kehidupan realiti saya), saya pun menarik tangan 'i' dan melarikan diri dr kekasih saya itu supaya dia tidak melihat kami (bodoh la mimpi, kenapa harus ada yg ke-3?) tetapi "kekasih" saya itu melihat dan mengejar kami. Saya dan 'i' lari sehingga sampai di tepi sungai yg berada di tepi shopping complex. Saya menyorok di bawah kayu di tepi sungai. Tapi 'i' tidak mahu menyorok sebab dia pelik kenapa saya larikan diri dr perempuan itu. "Kekasih" saya itu pun menceritakan kpd 'i', 'i' marah kpd saya. 'I' suruh saya keluar dr bawah kayu. 'I' pun marah kat saya. Tiba2 "kekasih" saya hilang dan saya berbaik semula dengan 'i'. Saya pun pimpin tangan 'i', pergi jalan2 semula. Sambil memegang tangan 'i' dgn erat supaya 'i' tak terlepas dr genggaman saya. Love You Sayang.

PS :
1- "kekasih" saya itu saya tak pernah lihat mukanya.
2- Saya sayang awak sorang jer sayang.
3- I MISS YOU.................
Posted by SayFull at 2:30 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, January 6, 2012

Love Change My World


Dulu pun masa mula2 mengenali cinta, hidup saya banyak berlaku perubahan. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat dengan memasuki dunia cinta. Ada yang saya suka, ada yang saya tidak suka.

Antara yang saya paling suka bercinta adalah ada orang yang menjaga kita, ada orang sayang kita. Kalau kita sakit, dia suruh pergi klinik padahal sakit yang kecil jer. Kita boleh bagitau apa yang kita tengah buat, kita pergi mana, dia pun cakap "jaga diri baik2". Tu laa nikmat bercinta.

Dan apa yang saya tidak suka adalah apabila bercinta kita lebih mudah rindu, lebih mudah cemburu, lebih mudah sakit hati, lebih mudah stress. Sebab implikasi inilah saya sanggup buat kerja gila yang saya tak pernah buat sebelum ini. Rindu, cemburu, sakit hati buat saya gila. Sebab tu saya tidak suka gaduh walau nak marah macam mana pun. Kalau gaduh sal benda kecik pun nanti orang cakap kebudak-budakan pulak. Begitulah susahnya bercinta.

Tapi apa2 pun yang paling perit dalam bercinta adalah 'perpisahan'. Perkataan yang paling saya benci. Kadang2 saya berharap saya seorang yang kejam, saya nak bunuh sesiapa yang pernah memainkan perasaan saya. Tapi 'mungkin' hati saya terlalu baik, sampai sekarang niat saya nak 'pedajal' ex saya tak menjadi sampai sekarang. Tapi jika saya pedajal dia pun, akibat yang dia terima tak sesakit yang saya rasakan. Namun saya tak sanggup.

PS :
i'm crazy in love now, haha.
Posted by SayFull at 3:10 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, January 1, 2012

Ore x Ngaju pun! uuueekkk.....


'I', saya tak marah awak nak contact sesaper pun. Awak nak call Perdana Menteri ker, nak call bf lame awk ker, nak gayut sampai 24 jam ker, langsung x marah. Lau saya marah pun saya cuba laa taknak marah sebab saya dah cakap, saya nak relationship secara bebas dengan awak. Tapi satu jer saya mahu dengan awak, saya mahu keistimewaan sebagai bf awak. Contohnya macam ni. Lau awak gayut dgn bf awk 24 jam, saya nak laa awak gayut dgn saya 25 jam takper dah. Lau awak keluar g ronda2 bandar dgn kawan2 awak 2x seminggu, awak keluar laa dgn saya 3x sminggu. Saya juz nak awak layan saya istimewa sama seperti hati awak yang mengasingkan saya di tempat yang indah, jauh dari kawan2 awak.

Lagipun try 'I' fikir sejenak, lau 'I' berada di tempat saya. Tak rasa sedih ker bila kita tak boleh call bf sebab dia tak bagi sedangkan dia sedang bergembira, gelak tawa dgn gf lama dia dalam talian. Pastu awak bagitau awak gembira lak menerima panggilan FL awak. Kita di sini merindui hanya tuhan saja yang tahu. Lau awak sayang saya, esok ex saya nak dating dgn awak. Lau ade pape mcg laa.

BTW saya mcg kat awak tadi saya baru balik kerja, semalam hujan lebat sangat sampai tak boleh balik. Saya tak tidur menunggu hujan berhenti. Balik jer terus mcg kat awak takut awak rindu saya. Pastu saya terus tertidur. Bukan merajuk dgn awak. :p

PS :
harap awak ada masa utk saya esok......
Posted by SayFull at 3:32 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Shinigami Purple Skull - Soul Eater

wish box

Telefon, Kamera, Lappy sendiri
Lesen Kereta
Masuk Universiti
Motor & Kereta Sendiri

About Me

My photo
SayFull
nothing paranormal bout me...
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  14 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  13 (3)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ▼  12 (57)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (12)
    • ▼  January (8)
      • YEAYY !!!
      • Bahagia !!
      • Kenangan Manis Menutup Kenangan Pahit
      • It Has Been A While My Heart Not Autumning
      • Kecian Kucing Saya ;(
      • I MISS YOU
      • Love Change My World
      • Ore x Ngaju pun! uuueekkk.....
  • ►  11 (14)
    • ►  December (13)
    • ►  March (1)
  • ►  10 (11)
    • ►  December (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)

Followers

add me

Penjenayah Kolar Putih

Reka Lencana Anda

Total Pageviews

Awesome Inc. theme. Theme images by hdoddema. Powered by Blogger.