-->

EPOOL BLoGiSm : Bout My True Story ⎝⓿⏝⓿⎠

Pages

  • Home

Search This Blog

Wednesday, February 5, 2014

I STILL MISS YOU

Saya mintak maaf sangat2 dekat awak. Saya nak bagitau awak sesuatu tapi saya taknak awak baca post nie sebab saya taknak awak sedih.

Dulu saya pernah cakap "saya nak tinggalkan awak bila ada peluang" (masa tu saya cakap dalam keadaan sakit hati kat awak). Last kita couple, kite gaduh pasal awak chat dgn laki len. Saya tak marah awak chat dgn laki len, cuma saya marah awak sorok dari saya. Tapi saya tak patut buad awak macam ni.

Apa yg saya maksudkan dengan "saya nak tinggalkan awak bila ada peluang" adalah saya nak tinggalkan awak bila saya ada pengganti awak. Ya, saya dapat lupakan awak bila crush saya kerja kat tempat saya kerja dan dia suka saya. Ia macam mimpi jadi kenyataan. Saya lupa diri ketika itu. Saya terus lupakan awak. Betul cakap awak, saya sangat selfish, sangat2 selfish.

Lepas saya clash dgn awak tu, saya cakap kat awak "lau awak maseh nak couple dgn saya, awak aturkan tempat, kite bertemu then kite couple balek". Saya setia tunggu awak, saya rahsiakan tentang kite clash drpd pengetahuan sesiapa kecuali seseorang yg saya percaya. Saya clash dgn orang yg saya sayang, tentulah saya sedih, saya kena luahkan pada seseorang. Tak sangka orang yg saya luahkan tu sampaikan cerita pada crush saya. Sejak hari itu, dia mula rapat dgn saya. Dia crush saya! Saya tak mampu tahan godaan, lagipun awak terlalu lambat menyelamatkan saya. Akhirnya saya mati dalam dunia cinta awak, dan hidup di dalam dunia cinta dia. Saya hanyut dalam keindahan cinta dia.

Tapi dia hanyalah seorang bidadari idaman semua lelaki. Dia tak seperti awak, dia x matured, selalu gaduh2 dgn dia. Saya lebih suka perangai awak. Saya bukan nak main2kan perasaan awak masa saya tegur awak tu. Saya terbaca apa yg awak tulis (kat mana tak ingat), awak cakap awak rindu saya. Sama dengan saya, saya pom rindu awak sebenarnya. Sebab tu saya tegur awak, saya taknak buat awak rindu saya, tapi saya sedar bila saya tegur awak, awak akan lebih merindu saya. Saya silap, saya mintak maaf.

Pastu pada tarikh 4 Febuari, saya gaduh dgn dia lagi, saya clash dgn dia, saya dah fedup dgn perangai dia. Saya sedih sgt2, saya berdoa pada tuhan supaya dekatkan saya pada jodoh saya, dan jauhkan saya jika perempuan itu bukan jodoh saya. Jadi pd 5 febuari, saya tergerak hati nak membuka blog awak. Saya dah lupa nama blog awak tapi akhirnya saya ingat. See, saya masih belum melupakan awak. Saya sedih sangat2 tengok blog awak, saya rasa macamnak menangis. Saya rasa sebak bila saya tengok gambar awak pakai cincin yg saya bagi. Awak, jika ia buat awak teringatkan saya, awak buang la cincin tu. Saya baru sedar yg saya dah lupa betapa saya cintakan awak suatu masa dahulu dan sekarang. Saya merindui awak.

Saya nak awak tahu apa yg saya rasa tentang awak, tapi saya taknak awak menaruh harapan pada saya. Jikalau boleh undurkan masa, saya taknak layan crush saya tu, saya nak stay dgn awak. Tapi apakan daya, takde siapa mampu undurkan masa dan takde perempuan sanggup bermadu. Saya hanya perlu follow jalan cerita saya sekarang nie. Awak jangan la sedih2 lagi. Saya harap ada yg lebih menghargai awak selain dari saya. A.B.C.A.
Posted by SayFull at 7:12 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Shinigami Purple Skull - Soul Eater

wish box

Telefon, Kamera, Lappy sendiri
Lesen Kereta
Masuk Universiti
Motor & Kereta Sendiri

About Me

My photo
SayFull
nothing paranormal bout me...
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  14 (1)
    • ▼  February (1)
      • I STILL MISS YOU
  • ►  13 (3)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ►  12 (57)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (12)
    • ►  January (8)
  • ►  11 (14)
    • ►  December (13)
    • ►  March (1)
  • ►  10 (11)
    • ►  December (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)

Followers

add me

Penjenayah Kolar Putih

Reka Lencana Anda

Total Pageviews

Awesome Inc. theme. Theme images by hdoddema. Powered by Blogger.