-->

EPOOL BLoGiSm : Bout My True Story ⎝⓿⏝⓿⎠

Pages

  • Home

Search This Blog

Monday, April 30, 2012

Pengucapan Perpisahan

Hari ini Epool buat kerja gila apabila Epool minta putus dgn 'I'. Epool ingat nak bersendirian selepas cemburu sangat bila buka FB 'I' sebab banyak sangat laki2 gatal nak ngejas dia, pastu dia boleh pulak layan. Sedih sangat2 hati ni.

Tapi Epool cuma nak bersendirian, bukan nak tinggalkan dia utk selamanya. So bila Epool menegaskan nak jadi kawan dia utk sementara waktu, dia tak nak. Dia cakap nak terus lost contact. Dengar perkataan 'lost contact' tu, masa terus berhenti, Epool jadi panik, ase sedih giler bab*, ase tak tahu nak buat apa. So Epool try laa jelaskan dalam bahasa yg mudah faham kepada 'I', tapi dia tutup phone. Nak nangis ase ;(.

Harap tak berakhir lagi hubungan saya dgn dia, biarkan Epool sendirian buat sementara waktu ex. Epool sedih sangat ni. Tolong la reply mcg sy.
Posted by SayFull at 9:34 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, April 28, 2012

FaceboOk Berona !

Ia bermula apabila Epool online Facebook guna Google Chrome (I hate google). Bila guna Google Chrome, bukak jer wall tetiba lak ada 'timeline'. So, Epool ingatkan 'timeline' itu hanya ada di Google Chrome, sebab dulu Epool pernah install background image di Facebook yg hanya berkesan apabila di buka dgn Google Chrome. So Epool try laa upload 'gambar dinding' (sje main2 sbb da lama nak try pakai 'gambar dinding'). Tapi Epool upload gambar dinding juz utk preview, bukan utk apply.

So, lepas puas da main2 dgn 'timeline', Epool try ar bukak dgn Mozilla Firefox, tgk2 dah jadi timeline jugop. Epool nak buang ugop macam mana pon. Entah macam mana selidik punya selidik, tiba2 jadi tak boleh buka. Pastu nak try baiki guna FB Epool yg lain2 tapi emel panjang sangat sampai lupa lak alamat emel tu. Berita baiknya Epool ada save satu tempat semua alamat-alamat emel FB Epool, berita buruknya tempat Epool save itu dalam FB Epool yg tak boleh bukak itu. Aduii...

So nak citer sal perangai Epool sikit. Epool lau ada masalah, Epool hanya akan selesaikan bila Epool ada mood jer. So, bila Epool ada mood, semua peralatan utk menyelesaikan masalah itu diperlukan dgn segera. Lau lambat, terus hilang mood & putus asa.

Nak dijadikan cerita, Epool try minta tolong seseorang. Tapi dia banyak soalan pulak, so terus putus asa. Baik tak payah buat ! Senang cerita, lau layan nanti naik darah pulak, haha.

PS : Tidak bagi masalah percintaan. Epool akan selesaikan masalah percintaan paling cepat sebab tak suka la gaduh dgn GF nie, seksa ar, baik selesai cepat2....
Posted by SayFull at 6:48 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, April 27, 2012

Dugaan (bukan single dari kumpulan Hujan)

Masa itu, Epool boring. So pergi temankan kawan pergi buat kad pengenalan. Masa itu masih gaduh & tak bertegur sapa dengan 'I'. Lantaklah dia, dia wat EMO, Epool pom ada EGO.

Di pendekkan cerita, sampai jer dekat JPN tu, masuk dalam office jer terus ada awek tengok2 & senyum. Ingatkan dia senyum kat orang belakang Epool (belakang Epool dinding, tapi Epool selalu beranggapan awek suka senyum kat dinding), so Epool wat tak tahu la, lau layan nanti takut malu pulak.

So pergi ambik nombor giliran, gurau dgn kawan, sume pompuan tu tengok. Dah lebih ni, macam ejen CIA jer pompuan nie. Bila tiba giliran Epool utk beratur di kaunter, Epool pun pergi beratur. Awek tu datang dekat, dia beratur dekat belakang Epool. Epool terperasan juga dia tak ada urusan kat office tu, cuma teman kawan dia juga tapi tetap beratur di belakang Epool dan tenung kat Epool dari belakang. Debar giler dah masa itu, tak berani nak pandang dia.

Then, bila dah tak tahan di tenung, Epool pun lari duduk di tepi kawan Epool. Then dia pun lari duduk dekat kawan dia. Aiisshh, main tiru2 pulak. Then bila dia pergi dekat kawan dia di bilik bersalin, Epool pun pergi beratur balik. Bila dia nampak Epool beratur dan tengok kat dia, dia senyum. Aisshh, macam biasa, Epool anggap dia senyum kat dinding. Tapi, nampak keadaannya spt dia nak "ejas" Epool jer.

Tapi pompuan tu comel juga, nampak macam lebih tua setahun dari Epool. Tapi itu akan jadi salah satu kenangan manis buat Epool...
Posted by SayFull at 11:38 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, April 24, 2012

Rahsia Hari Bulan Pada Tarikh Lahir

Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

PS : copy paste on other blog...
Posted by SayFull at 10:22 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Fakta Tentang Lelaki

1. Lelaki tertarik dengan wanita bukan dari rupa paras,tetapi dari segi kekemasan penampilan, perangai dan kematangannya.

2. Bila lelaki cakap,”saya tak faham lah dengan awak ni camane” maksudnya cara wanita berfikir tak sama seperti lelaki.

3. Lelaki boleh angau dengan senyuman seorang wanita.

4. Perkara sensitif bagi lelaki adalah bila teman wanitanya selalu menceritakan perihal bekas kekasihnya.

5. Jangan provok lelaki atau cabar dia dengan mengapi-apikan tentang sesuatu,mesti dia buat punya. Kalau provok benda buruk,lain jadinya.

6. Bila lelaki berkata,”tinggalkan saya seorang diri” itu bermaksud “SAYA HARAP AWAK BOLEH ADA DISISI DAN MENENANGKAN SAYA”

7. Lelaki tak suka perempuan gedik!

8. Bagi lelaki, sayang itu tak diluahkan dengan kata-kata tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap wanita itu.

9. Kadang-kadang lelaki tiada keputusan yang muktamad.

10. Lelaki sukakan wanita yang pandai memasak dan buat kek.

11. Jangan prejudis dan berprasangka terhadap lelaki berkenaan cinta. Bila dia tahu wanita percayakan dia,lelaki akan menjadi begitu serius dalam perhubungan.

12. Lelaki pun menangis. :p

13. Bila lelaki menelefon wanita atau ingin memulakan perbualan, soalan pertama yang akan ditanya “ tengah buat apa? sibuk ke?” atau “ awak dah makan?”

14. Sebelum mempercayai seorang lelaki,uji lah dia dulu. Tapi jangan berpanjangan,confirm dia bosan dan anggap wanita tak percayakan dia. Lepas tu, say good bye lerr.

15. Lelaki benci kekotoran dibajunya walaupun kotor tu kecik je. Bagi lelaki,penampilan adalah segalanya.

16. Lelaki akan cuba membelikan barang yang selalunya wanita suka,tapi biasanya mesti tersalah beli. Tak sama jiwa kot. Hahaha.

17. Bila lelaki katakan “awak nampak cantik” bermaksud dia sukakan wanita itu.

18. Bila lelaki minta peluang kedua untuk betulkan kesilapan,berilah ia ruang.

19. Lelaki punya banyak masalah tersimpan yang tidak terlihat dari pandangan mata kasar.

20. Bila berbual, lelaki tiba-tiba terdiam,wanita perlu katakan sesuatu.

21. Lelaki juga sukakan wanita yang manja dan penyayang.

22. Bila betul-betul serius dalam perhubungan,seorang lelaki akan menyayangi wanita lebih daripada apa yang anda jangkakan. Dan juga lebih daripada anda menyayangi lelaki tersebut.

PS : Sekarang saya harap awak faham............
Posted by SayFull at 10:01 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, April 21, 2012

Baiki Motor (Banyak Halangan)

Pada tarikh 21 April 2012 hari sabtu, adalah tarikh Epool dan kawan Epool, PDK bercadang untuk membaiki motor Epool yang kekurangan enaknya bila menunggang (motor tua). Pada pukul 9 lagi Epool bangun, kunci jam pukul 9.30, pastu tidur balik, hehe. Pukul 9.30, bangun, pergi mandi pastu pergi rumah PDK. Pergi mencari barang2 motor lebih kurang pukul 10.30. Pergi satu kedai barang motor yg paling murah tapi barang tak cukup sebab tak ada barang yg di cari kat kedai itu. Pastu pergi cari kat kedai lain, nasib baik kedai kedua itu ada tapi ada msalah lain. Tak cukup wang, so hanya beli yg lebih penting.

Bila dah beli barang, sampai jer rumah PDK baru ingat. Rumah PDK tak ada peralatan untuk membaiki motor, so terpaksa pergi pinjam kat rumah kawan yg satu lagi, GHD. Lepas sudah meminjam barang, pergi kat rumah sebelah rumah PDK, untuk pinjam barang juga. Pastu selesai jer aktiviti meminjam, PDK terus buka satu persatu enjin motor Epool. Halangan pertama, skru2 dan nat2 pada motor Epool semuanya ketat2 krn sudah lama tidak dibuka sejak arwah bapa saudara masih hidup lagi. Bila memaksa diri utk membuka nat2 yg ketat itu, halangan kedua muncul, spanar patah.

Haduii, apa nak jadi. Nasib baik spanar itu tidaklah memainkan peranan yg penting dalam membuka enjin motor. Pastu halangan ketiga muncul, yg telah mengheret masa yg amat lama berfikir utk membukanya, iaitu nat bahagian dalam enjin yg paling ketat. Sudah pelbagai cara, dan berlainan orang sudah mencubanya namun tidak terbuka juga. Akhirnya PDK membuat keputusan utk mencuci enjin motornya dulu. Selepas letih mencuba, kami berehat sebentar, pulang ke rumah masing2, dan krn motor Epool yg belum siap dibaiki, Epool terpaksa menaiki motor kawan dulu yg amat buruk sekali. Tapi buat muka selamba jer naik motor tu, buat2 tak tahu.

Lepas selesai makan, mandi dan sembahyang kat rumah, Epool bergegas kembali ke sana semula dan mencuba lagi tetapi tidak berjaya. Krn keletihan, Epool cuba rehatkan mata di tingkat atas rumah PDK, pastu tertidur. Pastu Epool tersedar bila dikejut oleh PDK krn masa sudah lewat petang. PDK bertekad utk menbiarkan mekanik yg lebih mahir membukanya di kedai motosikal. Dengan itu, Epool terpaksa membayar mekanik itu sebanyak RM2 dan terpaksa membeli nat baru di bahagian yg paling ketat tadi krn nat yg asal hancur di pahat mekanik itu. Selepas menunda motor balik ke rumah PDK dari kedai motor itu, PDK terus membaiki dan memasang semula secepat yg mungkin krn tahu Epool perlukan motor itu sebelum malam utk ke tempat kerja. Selesai memasang kulit enjin, PDK teringat yg nat2 dan skru2 utk melekatkan kulit enjin pada enjin semuanya telah rosak. Epool tidak membelinya di kedai berhampiran krn kedai telah di tutup. So PDK meminta bantuan GHD utk meminta sedikit skru2 dan nat2 yg dia ada namun dia tiada di rumah dan hanya balik pada sebelah malam. So PDK terpaksa memberi pinjam motornya kpd Epool utk ke tempat kerja Epool pada malam itu.

Pada malam itu, setelah berpakaian kerja, Epool terus menuju ke rumah GHD untuk mengambil skru2 dan nat2 utk di tinggalkan di rumah PDK dan terus ke tempat kerja. Namun belum sampai di rumah GHD, motor PDK terpijak paku yg agak panjang dan bocor. Aduii.. Terpaksa naik motor perlahan ke rumah GHD dan pulang ke PDK semula. Akibat tiada kenderaan utk ke tempat kerja, Epool terpaksa meminta cuti dengan bos tempat kerja.

Selepas semua yg dilalui, dan semua motor siap dibaiki iaitu pada pukul 11 pm, Epool pun membeli air Kick-ka-poo utk menghilangkan dahaga PDK yg tertekan pada masa itu. Akhirnya siap juga motor Epool, namun masih sedikit tidak puas hati dgn fungsi motor itu tapi tetap gembira menaikinya.

PS : Selepas 24 jam menaiki motor itu, akhirnya enjinnya rosak lebih teruk dan tidak mampu bergerak langsung. Epool yg sememangnya tiada wang, tidak berani utk memberitahu ibu tentang motor yg rosak lagi krn ibu telah menghabiskan banyak wang utk motor itu. Itu menyebabkan Epool tertekan beberapa hari ini dan telah memarahi 'I'.
Posted by SayFull at 10:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, April 10, 2012

Sakit Paling Sakit Gila Pernah Aku Rasa


Hari ini, benda paling seksa Epool pernah rasa. Sumpah! Tak nak rasa lagi selepas nie.

Ia bermula apabila Epool bermimpi. Dalam mimpi Epool ada satu benda berbentuk manusia, maybe patung, maybe manusia. Tapi muka gelap, tak nampak apa2. Pastu tetiba lembaga itu bergegar dan Epool terbangun dari tidur lebih kurang pada pukul 9 pagi terus bangun berjalan akibat sakit kepala yg amat sangat.

Mula2 berjalan masuk ke bilik adik, cuba baring kat situ. Tapi tak boleh lelapkan mata. Nak bagitau emak tentang ini, tapi emak tengah tidur. Kesian dia, tak mahu kacau. Pastu, pergi dapur cari ubat. Jumpa banyak ubat. Kerana sakit kepala sangat, Epool terpaksa pilih mana2 ubat untuk di telan. Pastu baring depan tv sambil keluar air mata (bukan nangis) krn terlalu sakit. Kadang2 menggelupur juga bila dah sakit sangat.

Memang sakit gila ah! Pastu tiba2 emak bangun, cover sikit, pura2 tak sakit. Pastu tanya emak yg mana satu ubat sakit kepala. Emak cakap ubat yg kat atas meja tu, ubat yg Epool makan tadi. Nasib baik la betul. Pastu terpaksa tahan sakit lagi. Ingatkan emak Epool datang bawak air ke mari ubatkan Epool. Selalu ubat yg emak Epool buat selalu menjadi. Tapi tak, dia buat kerja dapur.

Bila dah sakit sangat, Epool cuba makan sebutir pil lagi. Tapi mak tak bagi, sebab buleh mati kalau lebih dos ubat ditelan. Pastu ambik suis motor, kuar round2 kampung. Rasa lega sedikit dari seksaan yg amat sangat tuss. Pastu bila balik, try pergi baring dalam bilik adik (bilik adik lebih sejuk). Sakit tu masih ada, sakit gila2.

Pastu Epool try petua Epool sendiri. Epool try bayang, try ingat balik saat berpegangan tangan dengan 'I'. Fuhh! indahnya rasa masa itu. Sakit pun rasa berkurangan. Ajaibnya! Pastu akibat dah menanggung sakit yg amat sangat tadi, pastu bila bayangkan pegang tangan 'I', sakit terus berkurangan secara mendadak, tiba2 Epool dah tak sedarkan diri (letih menahan sakit, terus tertidur). Bangun jer terus dapat SMS 'I'. Seronok sangat rasanya.

PS :
I Miss You, 'I'...
Really really really miss you....
Posted by SayFull at 3:05 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, April 3, 2012

Sinopsis "More Than Blue"

Movie ini Epool tertengok kat astro. Bila tengok nampak macam sedap jer. Tapi masa tengok tu cerita dah separuh jalan. Tapi bila di selidik, inilah sinopsisnya.


Watak utamanya iaitu Kay dan Cream. Permulaan mereka bertemu adalah di sekolah tinggi dan mereka berdua adalah anak yatim. Kay di tinggalkan oleh emaknya selepas ayahnya meninggal dunia akibat kanser namun mereka mereka meninggalkan sejumlah wang yg besar kepada Kay. Kisah Cream pula bermula apabila seluruh keluarganya terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.


Mereka yg saling memahami akhirnya bercadang utk tinggal serumah. Dalam masa yg sama, Kay selalu memerhati Cream yg selalu menukar teman lelaki kepada teman lelaki yg lain, dan di dalam diam Kay juga menaruh perasaan kepada Cream yg hanya dia seorang saja yg tahu tentang itu. Dengan mengetahui apa yg paling ditakuti Cream adalah tinggal keseorangan, Kay menyimpan rahsia yg dia mempunyai penyakit kanser terminal. Bukan sahaja tidak mahu meluahkan perasaannya kepada Cream, tetapi dia pula menggesa Cream supaya berkahwin dengan lelaki yg sihat dan baik. Apabila Cream mengumumkan yg dia sedang dilamun cinta dengan seorang doktor yg kaya, Joo-Hwan, Kay berasa begitu sedih dan kecewa tetapi puas hati kerana Cream telah dapat mencari kekasih yg mampu menjaganya hingga akhir hayatnya, tidak sepertinya.

Tetapi, tanpa pengetahuan Kay, Cream sebenarnya telah mengetahui tentang kanser yg sedang dideritai oleh Kay apabila dia secara tidak sengaja telah menjumpai pil Kay dan menelan pil kanser itu yg dikatakan oleh Kay sebagai vitamin. Namun dia telah pengsan akibat menelan pil itu. Untuk merungkaikan misteri itu, dia telah bertanya tentang vitamin itu kepada seorang doktor dan doktor mengesahkan vitamin itu adalah ubat kepada pesakit yg sudah nazak. Itu juga bukan ubat kepada penyakit Kay, tetapi hanyalah ubat tahan sakit.


Oleh sebab itu, di permulaan cerita, Cream ada bertanya tentang hasrat Kay kepadanya melalui sebuah pita rakaman. Dan Kay merakamkan hasratnya itu ke dalam pita rakaman Cream yg menyuruh Cream mencari seorang lelaki yg sihat dan mampu menjaganya sehingga akhir hayatnya. Untuk memenuhi permintaan terakhir Kay, Cream berpura-pura mencintai Joo-Hwan.

Kerana Kay mempercayai yg Cream benar2 sudah mempunyai teman hidupnya, Kay telah memujuk tunang Joo-Hwan untuk memutuskan pertunangannya dengan Joo-Hwan. Tunang Joo-Hwan bersetuju untuk memutuskan pertunangan dengan syarat mahu mengambil gambar mereka berdua (gambar Kay dan Cream / dia tahu Kay dan Cream saling mencintai).


Malam sebelum perkahwinan Cream dan Joo-Hwan, Kay telah memberitahu Cream bahawa dia mencintai Cream tapi dalam nada bergurau. Dalam nada bergurau juga Cream membalas "saya juga" tanpa Kay mengetahui itu bukanlah gurauan. Impian Cream untuk berkahwin dengan Kay akhirnya tercapai apabila Kay mengiringnya masuk ke dalam majlis perkahwinan ibarat sepasang pengantin. Namun, Cream yg tidak mahu menerima hakikat bahawa Kay hanyalah pengapitnya, impian Cream musnah apabila ia telah sampai ke depan Joo-Hwan dan memaksa dirinya senyum apabila terpaksa berkahwin dgn Joo-Hwan dan melihat Kay yg semakin jauh meninggalkannya. Tiba-tiba Cream mengalirkan air mata.

Di akhir cerita, Joo-Hwan meletakkan sebuah rakaman pita kaset yg merakamkan hasrat Kay dan sekeping gambar Cream dan Kay yg memakai baju pengantin di pusara Cream. Pusara Cream?

Ye. Di akhir pita itu, selepas Kay merakamkan hasratnya, ada suara Cream yg merancang utk membunuh diri selepas menunaikan hasrat Kay dan mahu hidup di syurga bersama Kay tanpa deraian air mata lagi.
Posted by SayFull at 11:12 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sinopsis "Stairway to Heaven"

Ini adalah salah satu drama Korea yg mempunyai lagu soundtrack yg Epool sangat suka. So Epool cuba selidik dan pelajari dgn lebih mendalam tentang cerita ini. Dan inilah sinopsisnya.


Han Jung-Suh (Choi Ji-woo) dan kawan baiknya, Cha Song-Joo (Kwon Sang-woo) adalah kawan pada zaman kanak-kanak mereka dan bertukar menjadi kasih sayang. Mereka berdua saling memahami kesakitan masing-masing yg kedua-dua mereka kehilangan
seorang orang tersayang: bapa Song-Joo meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dan ibu Jung-Suh meninggal dunia akibat kanser.


Ayah Jung-Suh berkahwin dengan seorang pelakon dan membawa anak perempuan kandungnya, Yoori dan anaknya, Han Tae-hwa. Yoori cemburu kepada Jung-Suh dan akan membuat dia kelihatan sangat jahat dihadapan ibu yang mula menyayangi Jung-Suh. Apabila ayah Jung-Suh pergi bekerja, ibu tirinya sering mendera Jung-Suh. Ibunya juga tidak mengizinkan Jung-Suh untuk belajar di luar negara dengan Song Joo, yang kemudiannya pergi ke Amerika secara diam-diam untuk belajar di luar negara. Ibu tirinya juga bercadang untuk mengahwinkan anaknya Yoori dengan Song Joo. Dalam masa yg sama, Jung-Suh cuba berbaik-baik dengan abang tirinya, Tae-Hwa yang tersalah anggap perhubungannya dengan Jung-Suh ini adalah cinta dan Tae Hwa telah jatuh cinta kepada Jung-Suh.


Tiga tahun kemudian, Song-Joo kembali dari Amerika dan Jung-Suh teruja untuk menyambut beliau. Kerana cemburu, Yoori cuba untuk menghalang mereka dari bertemu. Memandangkan mereka saling berkejaran ke lapangan terbang, Yoori sengaja menumpangkan Jung-Suh dengan keretanya dan merancang satu kemalangan. Selepas rancangan Yoori dilaksanakan, Jung-Suh terpaksa dibawa ke hospital di mana ada sekumpulan orang yg baru sahaja meninggal dunia dalam kebakaran. Yoori menukar ID Jung-Suh dengan salah satu mayat dari kebakaran itu untuk memalsukan kematiannya. Dia membawa Jung-Suh yg sebenar ke rumah ayah kandungnya. Tae-Hwa yg mencintai Jung-Suh, telah dapat menghidu kelakuan jahat adiknya itu. Tetapi Tae Hwa
mengambil peluang tersebut sebagai satu peluang untuk melarikan Jung-Suh. Jung-Suh mengalami hilang ingatan dari kemalangan itu dan Tae-Hwa cuba menjauhkan diri dari orang yg mengenali mereka dan menukar nama mereka.


Lima tahun kemudian, Yoori tidak lama lagi akan bertunang dengan Song-Joo. Song Joo dengan berat hati cuba untuk menerima hakikat yg Jung-Suh sudah mati dan dia perlu melepaskan Jung-Suh. Song-Joo pergi ke tempat permainan mereka dulu bersama Jung-Suh pada zaman kanak-kanak dan berharap dapat berjumpa Jung-Suh untuk sekali lagi.

Jung-Suh yg telah ditukar namanya kepada Kim Ji-soo bekerja di kedai pakaian kecil dan tinggal bersama Tae-Hwa yg menukar namanya kepada Chun-soo. Song-Joo yg ternampak Jung-Suh telah bergegas mengejar Ji-soo dan percaya bahawa Ji-Soo adalah Jung-Suh, tetapi Ji-Soo tidak mengakui dia adalah Jung-Suh. Song Joo berusaha membuat Ji-Soo ingat peristiwa masa lampaunya dimana mereka mula-mula menjadi kawan rapat.

Satu hari, Jung-Suh mengingati semula memori lamanya apabila Yoori hampir melanggarnya dengan kereta sekali lagi. Dia bergegas untuk memberitahu Song-Joo. Dia memaafkan Tae-Hwa kerana menipunya dan dia tahu Tae Hwa melakukannya kerana terlalu mencintai Jung-Suh. Jung-Suh dan Song-Joo gembira dapat bersama-sama kembali, sehinggalah suatu hari Jung-Suh telah disahkan doktor mempunyai kanser mata. Dia meminta tolong Tae-Hwa untuk membawanya jauh dari Song-Joo kerana tidak mahu menyusahkan hidup Song-Joo. Lama-kelamaan, Jung-Suh akhirnya menjadi buta. Akhirnya Tae-Hwa memberitahu Song Joo dan keluarganya semua tentang kelakuan jahat adiknya, emak tirinya dan tentang penderitaan Jung-Suh. Akhirnya Yoori ditangkap dan ibunya menjadi gila, dan ditahan di hospital mental.

Akhirnya Song Joo berkahwin Jung-Suh yang kini buta dengan berkat dan ibu bapa.
Jung-Suh memberitahu Tae-Hwa 1 hasratnya adalah untuk melihat muka Song Joo buat kali terakhir. Song Joo dan Tae-Hwa meminta doktor untuk membiarkan mereka memberikan Jung-Suh salah satu mata mereka, tetapi doktor memberitahu mereka bahawa mereka tidak boleh mengambil kornea daripada penderma hidup. Tae-Hwa membuat keputusan untuk membunuh diri hanya mahu menderma mata kepada Jung-Suh untuk membayar segala kejahatan yg dia lakukan terhadap Jung-Suh.

Dia merekakan 1 kemalangan kereta yg menyebabkan kematiannya. Selepas kematiannya, Jung-Suh menjalani pembedahan untuk melihat semula. Walau bagaimanapun, Song Joo akhirnya mendapat tahu tentang kematian Tae-Hwa. Walaupun mata Jung-Suh telah pulih dari kanser namun doktor sekali lagi telah mengesahkan kansernya itu telah merebak ke otaknya dan dia tidak mempunyai peluang untuk hidup.

Pada masa yg sama Jung-Suh telah bersedia untuk memaafkan Yoori dan Tae-Miri iaitu emak tirinya yg telah banyak berdosa dengannya. Tae-Miri dan Yoori akhirnya menyesal kerana perbuatannya dulu.

Jung-Suh akhirnya mati di rumah lama mereka, rumah pada zaman kanak-kanak mereka, di tepi pantai, di dalam pangkuan Song-Joo.

Akhirnya Jung-Suh telah kembali ke zaman kanak-kanaknya di mana Song-Joo bermain piano(http://www.youtube.com/watch?v=NtBDU26J7ks&feature=share) di tepi pantai untuk Jung-Suh.

HE SAYS SOMETHING LIKE, "THAT PERSON (Tae-Hwa) MIGHT HAVE LOVED THAT GIRL (Jung-suh) MORE, BUT I STILL LOVE HER".
Posted by SayFull at 10:53 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Shinigami Purple Skull - Soul Eater

wish box

Telefon, Kamera, Lappy sendiri
Lesen Kereta
Masuk Universiti
Motor & Kereta Sendiri

About Me

My photo
SayFull
nothing paranormal bout me...
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  14 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  13 (3)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ▼  12 (57)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ▼  April (9)
      • Pengucapan Perpisahan
      • FaceboOk Berona !
      • Dugaan (bukan single dari kumpulan Hujan)
      • Rahsia Hari Bulan Pada Tarikh Lahir
      • Fakta Tentang Lelaki
      • Baiki Motor (Banyak Halangan)
      • Sakit Paling Sakit Gila Pernah Aku Rasa
      • Sinopsis "More Than Blue"
      • Sinopsis "Stairway to Heaven"
    • ►  March (10)
    • ►  February (12)
    • ►  January (8)
  • ►  11 (14)
    • ►  December (13)
    • ►  March (1)
  • ►  10 (11)
    • ►  December (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)

Followers

add me

Penjenayah Kolar Putih

Reka Lencana Anda

Total Pageviews

Awesome Inc. theme. Theme images by hdoddema. Powered by Blogger.