-->

EPOOL BLoGiSm : Bout My True Story ⎝⓿⏝⓿⎠

Pages

  • Home

Search This Blog

Monday, October 15, 2012

Angker Molep

Kisah Bermula bila Epool menerima panggilan dari bos pada lewat petang, dia mengatakan saya tidak perlu perlu kerja pada hari ini kerana ditempat kerja saya itu terputus talian internet. So Epool ase 50:50 antara seronok dan tidak. So Epool wat keputusan nak bersiar-siar dengan kawan yg dah lama tak bersiar-siar dengannya.

So malam itu kami pergi meronda. Selesai meronda, berhenti lepak kat kedai kawan kejap. Kedai dia baru bukak seminggu tapu sudah mempunyai pelanggan setia dan sudah ada pelanggan yg ramai. Kawan Epool tu memang pandai memasak. Memang kagum lah tengok dia memasak tu. Tapi malam tu ramai pulak kawan2 satu batch kat sekolah dulu datang berkumpul di situ. Padahal tidak buat temujanji ke apa ke. Memang ramai la, penuh kedai dgn puak kitorang. Lebih-lebih lagi ada buat barbeque "lokam" kat situ. Free jer kalau nak makan, tak perlu bayar.

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi, orang2 kat kedai tu beransur kurang. Sorang demi sorang pulang. Akhirnya tinggallah kami menunggu kawan kami menutup kedainya. Kami bersetuju nak pergi bergembira tempat karaoke 5 star. So Epool pom terujalah nak pergi jugak. Epool pom stay la situ sampai habis simpan kedai.

Kami tiba di tempat karaoke tu pada pukul 3.30 pagi, kut. Tempat tu bukan kedai sebenarnya, ia cuma rumah kawan kitorang yg diubahsuai jadi tempat karaoke di ofis arwah ayahnya. Mula2 sampai teruja gila. Tempat tu memang puas hati, memang banyak giler pilihan lagu. Semua ada 6000 buah lagu Melayu dan Inggeris.

Orang cakap syaitan ni suka kat orang yg minum arak, yg bising2, orang2 yg bersuka2, lalai. So terbukti betullah cakap orang tu. So kisah bermula dengan salah sorang kawan Epool yg sedang bergayut dgn entah sape, maybe GF kut. Tiba2 dia masuk dia cakap semua bulu roma dia berdiri. Bila kitorang tanya dia wat tak tahu jer. Lepas dia masuk tu dlm bilik tu, dia tudung bahagia atas pintu kaca bilik karaoke tu dengan baju dia. Dia cakap dia seram tengok gambar arwah ayah kawan saya yg seperti memandang ke dlm bilik kitorang.

So bila masa nak balik tu, bila tuan punya tempat karaoke tu yg juga kawan kami datang nak tutup tempat karaoke tu, kawan2 Epool mula bukak cerita. Mula2 yg bergayut tu bukak cerita. Cerita dia tak berapa Epool dengar sebab dia citer dalam keadaan bising.

Mengikut pendengaran Epool, dia cakap masa dia bergayut tu, ada orang cuit dia dari belakang, padahal dia sedang menyandar pada pintu. Manusia mana yg mampu mencuit orang tanpa membuka pintu ? Pelik. Pastu kawan sorang lagi membuka cerita yg masa dia dia naik ke bilik kami, masa lalu depan gambar arwah ayah tuan punya karaoke tu, laci depan gambar tu terbukak dengan sendiri. So kawan Epool yg sorang lagi pom bagitau lah masa dia tengah selongkar laci depan bilik karaoke tadi, dia pasti yg dia menutupnya dengan rapat dan dia perasan masa mula2 datang tadi gambar depan bilik karaoke kitorang tidak senget, tapi sekarang dah senget. Epool pergi intai kat luar, memang laci itu terbukak dan gambar arwah ayah kawan saya itu telah senget. So kawan Epool yg sorang lagi menyalahkan kawan Epool yg sorang lagi kerana dia menyelongkar barang dalam laci itu dan mengoyak sesuatu yg dalam laci itu. So kawan Epool menyimpulkan mungkin hantu itu marah kerana membuat kacau di tempatnya. So kawan Epool juga rasa mungkin itu perjaga rumah kawan saya itu. Semua orang disitu senyap buat seketika, simpan2 barang dan terus lekas2 pulang. Kawan kami yg empunyer tempat tu sempat berjenaka sambil ketawa, dia cakap nanti dia panggil kawan dia mari tangkap hantu tu.

PS : Dalam perjalanan balik iaitu pada pukul 5 pagi, Epool ternampak 3 orang perempuan sedang berjoging di kawasan gelap. So Epool terpikir "betul ker manusia tu?".
Posted by SayFull at 2:37 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, October 3, 2012

PantuLan Diri Sendiri

Benda ni sebenarnya Epool tak nak bagitau sesiapa. Tapi bowink ah malam ni.

Ceritanya begini. Sudah lama sebenarnya Epool terperasan, yg cara perjalan cinta saya bersama "I" sama dgn perjalanan cinta saya dgn last gf saya dulu. Cuma sekarang saya memegang watak GF saya, dan "I" memegang watak saya.

Tapi takpe, saya bahagia (buat masa sekarang). Sama jugak seperti perjalanan cinta sebelum ni, asyik saya jer yg cemburu. Tapi tidak apa2, terpaksa ah terima. Satu jer masalah dgn "I". Masalah ni betul2 buat Epool stress2 bila terfikirkannya. So sekarang Epool cuba tak hiraukan "I" sangat, nanti terfikir lak masalah ni. Bila tak hirau, kurang rasa sayang. Bila kurang rasa sayang, kedua2 pihak tidak akan terluka. Sebab masalah ni takkan ada penyelesaiannya.

Perjalanan cinta Epu dgn gf dulu macam ni. Sebelum putus dgn dia, kami selalu gaduh. Sikit2 gaduh, sikit gaduh. Jarang sekali kami berdamai. Sehinggalah suatu hari dia mengaku sudah mempunyai kekasih lain. Mungkinkah suatu haru nanti Epool akan2 gaduh2 dgn "I" dan apabila byk benda tak puas hati, Epool pom cari lain sama seperti yg GF Epool lakukan pada Epool ? Entah lah, tapi tak mustahil terjadi sebab "I" pom dah nak pergi jauh sangat. Walau jarak kami sekarang sudah jauh, dia akan pergi lebih jauh.

Lebih kurang setahun lagi kiraan masa "I" akan pergi...... Emmm... Kita takleh halang impian seseorang. Itu satu perilaku yg sangat tidak membanggakan. Haha, just being happy.

PS : Epool harap sangat tekaan Epool tidak menjadi kenyataan.
Posted by SayFull at 9:44 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

4 Dalam 1

Sebenarnya tak ada modal nak citer apa. Nak cakap Epu sihat jer, ari nie bangun awal iaitu pd pukul 12. Selalunya bangun pukul 1, pukul 3. Hari ni, bangun tido jer terus buat kerja. Ada benda perlu disiapkan. Menyiapkan benda yg alah dalam bilik baru yg panas apabila matahari tegak. Sumgguh menyeksakan. Tapi takpe, sedang menyesuaikan diri dengan fengshui bilik baru. Hua hua. Alhamdulillah, fengshui tido pom semakin mengembang di dalam bilik yg baru. Semalam, pukul 2 dah mengantop. Awal sangat, selalu pukul 4,5.

Oh, kesihatan nenek saya semakin baik. Dulu takleh cakap, tapi sekarang dah boleh ketawa tapi tetap takleh bangun. Rindu la saat dulu2 masa main kejar2 dgn nenek bila dia marah. Haha, saya budak yg nakal (tapi bukan jahat).

Nak cite ape lagi ex ? Oh, Epool jumpa lagu baru. Lagu nie best, tajuk dia Lagu Teman- The Lion Story. So, bila dengar lagu tu, terfikir satu idea. Nak buat satu video tentang kawan2 dgn berlatarbelakangkan lagu nie. Bila diuji, wow! Memang best la. So seperti selalu, Epool dapat idea baru utk mempelbagaikan video rekaan Epool. Kreatif kan Epool (prasan lak). Dalam membuat video nie, Epool pentingkan kualiti dari kuantiti. Sebarang kecacatcelaan akan diubahsuai semula. So maybe dalam sehari 2 lagi siap la video ni. Arap "I" tak baca post ni bab tak nak sapa2 pom tau sal benda ni. Video ni jugak bertujuan utk buat kawan2 Epool kat luar, yg sedang berjuang supaya rasa rindu yg membuak2, dan cepat2 balik. Epool terpaksa mengaku Epool pom rindukan diorang, tapi Epool jenis manusia yg boleh sesuaikan diri. Lau takder kawan, cari la kawan baru. Perjalanan kita di dunia masih jauh lagi.

Hari ini, masa tengah stress, takder idea nak buat video itu lebih kreatif, dapat panggilan dari "I". HUahua, mesti korang sangka aku gembira kan ? Giler seks! Memang pom, best kenak budak kecik tu. Dengan "I" la paling best gayut berbanding dengan gf sebelum ni. I dont know why! Sebab dgn gf2 sebelum nie, bila gayut rase terkurung dalam sebuah kurungan. Tapi bila dgn "I" aku tak rasa begitu dan aku tau "I" yg rasa begitu. Hihi.

PS : Nak cakap benda sama jugak macam2 selalu. AKU RINDU DIA........
Posted by SayFull at 9:23 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Shinigami Purple Skull - Soul Eater

wish box

Telefon, Kamera, Lappy sendiri
Lesen Kereta
Masuk Universiti
Motor & Kereta Sendiri

About Me

My photo
SayFull
nothing paranormal bout me...
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  14 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  13 (3)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ▼  12 (57)
    • ►  November (1)
    • ▼  October (3)
      • Angker Molep
      • PantuLan Diri Sendiri
      • 4 Dalam 1
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (12)
    • ►  January (8)
  • ►  11 (14)
    • ►  December (13)
    • ►  March (1)
  • ►  10 (11)
    • ►  December (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)

Followers

add me

Penjenayah Kolar Putih

Reka Lencana Anda

Total Pageviews

Awesome Inc. theme. Theme images by hdoddema. Powered by Blogger.