-->

EPOOL BLoGiSm : Bout My True Story ⎝⓿⏝⓿⎠

Pages

  • Home

Search This Blog

Monday, October 15, 2012

Angker Molep

Kisah Bermula bila Epool menerima panggilan dari bos pada lewat petang, dia mengatakan saya tidak perlu perlu kerja pada hari ini kerana ditempat kerja saya itu terputus talian internet. So Epool ase 50:50 antara seronok dan tidak. So Epool wat keputusan nak bersiar-siar dengan kawan yg dah lama tak bersiar-siar dengannya.

So malam itu kami pergi meronda. Selesai meronda, berhenti lepak kat kedai kawan kejap. Kedai dia baru bukak seminggu tapu sudah mempunyai pelanggan setia dan sudah ada pelanggan yg ramai. Kawan Epool tu memang pandai memasak. Memang kagum lah tengok dia memasak tu. Tapi malam tu ramai pulak kawan2 satu batch kat sekolah dulu datang berkumpul di situ. Padahal tidak buat temujanji ke apa ke. Memang ramai la, penuh kedai dgn puak kitorang. Lebih-lebih lagi ada buat barbeque "lokam" kat situ. Free jer kalau nak makan, tak perlu bayar.

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi, orang2 kat kedai tu beransur kurang. Sorang demi sorang pulang. Akhirnya tinggallah kami menunggu kawan kami menutup kedainya. Kami bersetuju nak pergi bergembira tempat karaoke 5 star. So Epool pom terujalah nak pergi jugak. Epool pom stay la situ sampai habis simpan kedai.

Kami tiba di tempat karaoke tu pada pukul 3.30 pagi, kut. Tempat tu bukan kedai sebenarnya, ia cuma rumah kawan kitorang yg diubahsuai jadi tempat karaoke di ofis arwah ayahnya. Mula2 sampai teruja gila. Tempat tu memang puas hati, memang banyak giler pilihan lagu. Semua ada 6000 buah lagu Melayu dan Inggeris.

Orang cakap syaitan ni suka kat orang yg minum arak, yg bising2, orang2 yg bersuka2, lalai. So terbukti betullah cakap orang tu. So kisah bermula dengan salah sorang kawan Epool yg sedang bergayut dgn entah sape, maybe GF kut. Tiba2 dia masuk dia cakap semua bulu roma dia berdiri. Bila kitorang tanya dia wat tak tahu jer. Lepas dia masuk tu dlm bilik tu, dia tudung bahagia atas pintu kaca bilik karaoke tu dengan baju dia. Dia cakap dia seram tengok gambar arwah ayah kawan saya yg seperti memandang ke dlm bilik kitorang.

So bila masa nak balik tu, bila tuan punya tempat karaoke tu yg juga kawan kami datang nak tutup tempat karaoke tu, kawan2 Epool mula bukak cerita. Mula2 yg bergayut tu bukak cerita. Cerita dia tak berapa Epool dengar sebab dia citer dalam keadaan bising.

Mengikut pendengaran Epool, dia cakap masa dia bergayut tu, ada orang cuit dia dari belakang, padahal dia sedang menyandar pada pintu. Manusia mana yg mampu mencuit orang tanpa membuka pintu ? Pelik. Pastu kawan sorang lagi membuka cerita yg masa dia dia naik ke bilik kami, masa lalu depan gambar arwah ayah tuan punya karaoke tu, laci depan gambar tu terbukak dengan sendiri. So kawan Epool yg sorang lagi pom bagitau lah masa dia tengah selongkar laci depan bilik karaoke tadi, dia pasti yg dia menutupnya dengan rapat dan dia perasan masa mula2 datang tadi gambar depan bilik karaoke kitorang tidak senget, tapi sekarang dah senget. Epool pergi intai kat luar, memang laci itu terbukak dan gambar arwah ayah kawan saya itu telah senget. So kawan Epool yg sorang lagi menyalahkan kawan Epool yg sorang lagi kerana dia menyelongkar barang dalam laci itu dan mengoyak sesuatu yg dalam laci itu. So kawan Epool menyimpulkan mungkin hantu itu marah kerana membuat kacau di tempatnya. So kawan Epool juga rasa mungkin itu perjaga rumah kawan saya itu. Semua orang disitu senyap buat seketika, simpan2 barang dan terus lekas2 pulang. Kawan kami yg empunyer tempat tu sempat berjenaka sambil ketawa, dia cakap nanti dia panggil kawan dia mari tangkap hantu tu.

PS : Dalam perjalanan balik iaitu pada pukul 5 pagi, Epool ternampak 3 orang perempuan sedang berjoging di kawasan gelap. So Epool terpikir "betul ker manusia tu?".
Posted by SayFull at 2:37 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Shinigami Purple Skull - Soul Eater

wish box

Telefon, Kamera, Lappy sendiri
Lesen Kereta
Masuk Universiti
Motor & Kereta Sendiri

About Me

My photo
SayFull
nothing paranormal bout me...
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  14 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  13 (3)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ▼  12 (57)
    • ►  November (1)
    • ▼  October (3)
      • Angker Molep
      • PantuLan Diri Sendiri
      • 4 Dalam 1
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (12)
    • ►  January (8)
  • ►  11 (14)
    • ►  December (13)
    • ►  March (1)
  • ►  10 (11)
    • ►  December (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)

Followers

add me

Penjenayah Kolar Putih

Reka Lencana Anda

Total Pageviews

Awesome Inc. theme. Theme images by hdoddema. Powered by Blogger.