-->

EPOOL BLoGiSm : Bout My True Story ⎝⓿⏝⓿⎠

Pages

  • Home

Search This Blog

Sunday, April 7, 2013

Cinta & Persahabatan

Pada suatu hari, Epool keluar jalan-jalan. Tapi Epool jumpe ramai kawan lame Epool satu persatu. Setiap kali jumpe, mesti diorang ikut Epool jalan same2. So, akhir sekali cukuplah kumpulan 5 pelajar nakal mase sekolah dulu. Mase lepak same2 tu, kitorang buat banyak bende2 bodoh (citer nie panjang sgt, tak ingat, lagi pun tak penting).

Destinasi terakhir kami adalah melawat sekolah lame kami. Sampai jer kat sekolah itu, Epool cari kelas form 5. Epool agak2 form 5 tu kat tingkat 2, tangga utk ke tingkat 2 mcm sudah lame ditinggalkan dan hanya dipenuhi habuk dan kotak. Naik jer tingkat 2, ase pelik. Tiada orang pun kat tingkat 2. Pastu Epool dengar ade orang teriak, dia cakap tingkat 2 berhantu. Mase tu Epool naik sorang2 jer ke tingkat 2, pasal kawan2 Epool yg lain tunggu kat bawah, cek line sbb mase tu kitorang menceroboh ke kawasan sekolah tanpa kebenaran. Mase nak turun tu, semua tangga kelihatan dipenuhi kotak yg sangat banyak. Epool ke sana ke sini mencari tangga utk keluar dari situ. Akhirnya jumpe tangga yg tiada kotak, tapi ada pintu zink yg terkunci dgn mangga. Epool pon pecahkan pintu tu dan keluar berjalan mcm biasa dan buat2 tak bersalah.

Mase berjalan, ade cikgu yg datang dari depan Epool dan depan kawan Epool yg tengah cek line. Epool berase pelik, Epool pun perasan yg cikgu tu nak tangkap kitorang. Epool jerit kat kawan Epool "LARI !!!". Kitorang lari sekuat hati, babak kejar mengejar itu menjadi sangat lucu. Epool hampir2 ditangkap cikgu, tapi berjaya melarikan diri dari cikgu tu bila memasuki padang bola. Masa tu ramai sgt orang kat padang tu, mcm ada sukaneka. Tibe2 Epool perasan sesuatu, cincin yg dalam gengaman Epool hilang. Rase macam nak menanges jer.

Epool cari2 tapi tetap tak jumpe. Tibe2 kawan Epool datang dan bawak cincin yg dia buat dgn bahan terbuang kat padang tu sebagai ganti cincin yg hilang tadi. Dia tak nak tengok Epool sedih. Epool ambik cincin tu, Epool perhati dan Epool cakap "tak boleh, kena cincin tadi jugax. Cincin nie tak boleh, besar sangat". Epool cari lagi tapi tetap tak jumpe, sehingga sampai waktu budak sekolah balik. Epool dah takder pilihan lain, Epool terpaksa ambik cincin yg kawan buat tadi. Epool ubahsuai sedikit, tambah itu, tambah ini, akhirnya siap dgn sangat kreatif.

Epool nampak Inaz berjalan ke arah Epool tapi die tak nampak Epool. Epool menyorok belakang pokok besar depan garaj motor. Dia sampai jer dekat Epool, Epool keluar dari belakang pokok tu, Epool terus melamar Inaz jadi kekasih Epool secara rasmi, kali nie depan orang ramai tanda cinta Epool. Semua pelajar tengok. Inaz sangat terharu.

Setelah selesai semuanya, kitorang ber-5 keluar dari sekolah tu dan berharap kitorang ber-5 takkan berpisah utk selamanya. Itu hari paling menyeronokkan selepas tamat pengajian di sekolah dlu. Epool pun tersedar dari mimpi. Indahnya mimpi hari ini, maybe sebab rindukan awak sayang, I Miss You.

PS :
Mimpi nie sebenarnya panjang lagi kat bahagian depan, tapi tak penting untuk di ingat. Yang penting adalah kisah cinta kat belakang nie, itu yang penting. Sweet sangat, kan ? kan ? kan ?
Posted by SayFull at 8:54 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, February 18, 2013

Genre Adventure/Fantasi: Ketakutan dan Pengkhianatan

Hari ini Epu bermimpi, mimpi yang sangat nyata, ia kisah tentang kawan saya, kawan dunia nyata saya yg menjadi watak dalam mimpi saya.

Kisah bermula bila kitorang masuk kelas tentera, kami belajar bersama, menangis bersama, ketawa bersama, belajar bersama. Susah senang bersama. Kami dalam kelas suka kacau perempuan dan kami pelajar paling nakal.

Suatu hari perang telah tercetus, kami dikerah untuk menyerang pihak lawan. Kami menyerang pihak lawan, tapi Epu begitu takut untuk mati. So setelah pihak kami hampir kalah, Epu menyorok dikawasan musuh hingga perang reda. Epu tengok, semua kawan2 Epu ditangkap.

Tiba2, entah tawanan mana yg nampak Epu menyorok bawah rumah tawanan tu. Dia beritahu pihak lawan. Epu pun terus lari, ketika itu tiada apa lagi yg Epu pikir, Epu hanya pikir tak nak mati. Epu lari sekuat hati. Masa Epu lari tu, tiba2 pulak ada gelombang air yg amat besar mengejar dari belakang. Epu pun terjatuh ke dalam gaung rumput yg amat cantik. Tapi askar pihak lawan nampak Epu. So Epu terpaksa lari lagi. Epu panjat balik gaung rumput tu. Atas gaung rumput tu ada penempatan agama apa entah, tempat dia sangat indah. Epu pun menyorok kat situ, orang2 kat situ tau Epu lari dari askar yg jahat tapi diorang buat tak tahu je kat Epu.

Masa tengah menyorok tu, Epu mengintai dari celah batu tengok tentera itu masih ada atau sudah pergi. Nampaknya tentera jahat itu datang ke penempatan itu untuk mencari Epu. Dan salah seorang tentera jahat itu terlihat Epu dan dia menjerit memberitahu lokasi Epu. Epu terkejut, tak sangka askar yg nampak Epu tu kawan baik Epu sendiri. Tak sangka dia rela menjadi "talam dua muka". Epu dah penat lari, Epu dah tak nak lari, lagipun dah tiada jalan lain, semua jalan sudah dikepung.

Tiba2 datang mamat omputih entah dari mana, dia berlari dan terjun ke dalam kolam tempat budak2 mandi manda. Epu pun ikut samalah dan tahan nafas didasar kolam dgn mamat salleh tu. Tak sangka Epu terlepas dari askar tu (untuk sementara waktu). Bila Epu keluar dari kolam tu, askar yg jahat tu dah berpaling ke belakang untuk pulang tetapi salah seorang askar tu nampak Epu sekali lagi, dia menjerit sekali lagi. Tiba2 plak ada minah mana pulak datang kepada mamat omputih tu dan lari bersamanya, Epu ikut jer (dia nampak tidak kisah Epu ikutnya).

Epu ikut mamat salleh tu lari dan masuk ke dalam tempat ibadah penduduk disitu masa kami dikejar oleh tentera itu tu tetapi tentera itu tidak dibenarkan masuk ke dalam tempat ibadah itu. Masa lari tu, kami (Epu, perempuan asing dan mamat omputih) terdengar satu ketukan pada pintu tempat ibadah tu. Ia menjerit minta tolong supaya membuka pintu itu sebab dia pun mahu melarikan diri. Epu cam suara itu, dia adalah kawan baik Epu yg menjadi askar jahat tu tadi. Dia dah banyak menyusahkan Epu, so Epu tak bukak pintu tu. Kami berjaya melarikan diri. Tiba-tiba jer Epu tersedar dari mimpi tu. Tengok-tengok tepom ada 1 mesej dan jam menunjukkan pukul 3pm pada 8hb Febuari 2013. -the end-

PS : Kawan yg muncul dalam mimpi saya tu, yg menjadi askar jahat itu adalah kawan yg pernah menumbuk saya hanya krn GF dia suka bercakap dgn saya. Mungkinkah hati Epu masih belum memaafkannya lagi walaupun dia sudahpun meminta maaf dan kami selalu keluar bersama sekarang ?
Posted by SayFull at 3:40 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, February 6, 2013

Problem D.O.N.E.

Pada malam sebelum nie (entah la bila, taknak ingat kenangan pahit- dalam 2, 3 hari sebelum ni) pada suatu malam, Epu keluar rumah macam biasa. Epu tak tahu malam itu akan jadi malam terburuk dalam hidup Epu. Keluar pun bukan pergi mana-mana, just melepak rumah kawan. Seperti biasa, dalam pukul 2-2.30am, ayah Epu akan call.

Malam itu Epu rasa sakit hati sangat bila dia call. Epu rasa macam keluar pun asyik call, tak bebas jugak. So Epu tak angkat, Epu buat-buat tak tahu. Banyak kali dia call, rasa takut pun ada jugak (ayah Epu tak suka anak dia tak angkat dia call). So Epu lekas-lekas balik lepas berlambak "missed call" dari si ayah.

Macam biasa, Epu balik, tak ada apa-apa bila di tengah jalan. Masa dalam perjalanan Epu dah rancang seperti malam-malam sebelum ini Epu akan masuk rumah ikut tingkap bilik Epu pasal kalau Epu bawak kunci pintu pun, orang kat rumah tetap kunci pintu atas dengan bawah (kunci yg tidak boleh dibuka dari luar). Sampai jer rumah, Epu perasan ada lembaga depan rumah, Epu dah agak dah, conform itu ayah Epu. Epu mati-mati ingat Epu akan dipukul. Mampos aku, mampos mampos!" kata Epu dalam hati.

Epu tak berani lalu depan dia, so Epu duduk jer kat motor Epu. Tiba-tiba dia datang ke arah Epu dan dia mula bertanya soalan yg menyakitkan hati. Dia cakap sesuatu yg sangat terasa di hati seorang anak. Dia suruh Epu ambik baju dan keluar dari rumah ni. Masa itu, Epu rasa sangat gembira (sebab dah lama Epu nak keluar dari rumah bodoh tu). Masa itu Epu dah tak tahan dengan kata-kata dia, Epu pun keluarkan isi hati Epu yg dah lama terpendam. Tanpa diminta, air mata Epu keluar mencurah ke tanah. "Dia" terus berlalu naik ke atas rumah. Epu duduk ditangga sambil menangis-nangis.

Epu baru plan nak naik atas rumah, ambik baju, pergi beli tiket bas, pergi ke Selangor (semua dah dirancang bila kawan cakap nak support Epu kalau nak lari keluar negeri dan mulakan hidup baru). Tapi tiba-tiba ayah datang suruh naik atas rumah. What The Fuck!! Terpaksalah aku naik atas rumah, aku tak boleh lari lagi dari "Kurungan Neraka Remaja". Aku pun naik atas rumah dan terus menangis sampai tertidur.

Keesokan harinya, aku meneruskan kehidupan yg tak sama lagi seperti dulu. Ia terasa seperti zaman sebelum masihi berubah kepada selepas masihi, dan selepas masihi berubah kepada hari itu. Ia terasa sangat berbeza dan Epu menjadi semakin pendiam. Rasa sangat malu kepada ayah selepas peristiwa itu. Dan Epu asyik terfikir kata-kata ayah pada malam itu.

Tak berapa lama selepas itu, selepas berhari-hari fikir tentang kata-kata ayah itu, akhirnya Epu mengerti apa mahunya. Baru Epu tahu kenapa dia selalu call tengah malam, kenapa dia tak suka anak2 dia tak menjawab panggilannya. Mula-mula aku menganggap ayah aku marah aku keluar tengah malam sebab dia ingat aku main barang-barang pelik seperti dadah, rokok dan sesuatu yg tak menyihatkan. Tapi kelakuan menelefon ditengah malam sangat bodoh jika ingin membanteras anak dari najis dadah.

Tapi selepas mengetahui kemahuan sebenarnya, aku rasa tidak sangka, semua kelakuannya sebelum ini masuk akal. Jika dia tak ingin aku terlibat dalam gejala itu, itulah penyelesaian yg betul, dia melakukan langkah yg bijak. Epu rasa respect kpd ayah buat sementara waktu. Apa yg dia tak suka adalah maksiat/zina. Dia suspek aku tidur dengan perempuan, sebab itu dia call tengah2 malam. JIka korang pikir logik, kalau aku tidur rumah perempuan kena senyap2, takleh bising2, so kalau aku tak angkat call dia, memang patutlah dia marah.

Tapi aku tak pernah pun buat maksiat, tak pernah pun tidur rumah perempuan. Lagipun "my sayang" sangat baik, dia sangat menjaga maruahnya (thank you baby). Sekarang aku paham.Kalau aku nak keluar malam2, aku kena angkat call dia, baru dia tak marah. So masalah yg sudah berlarutan hampir 2 or 3 tahun (koet) dah selesai.

ps : Abang aku sangat memahami ayah aku, sangat melindungi ayah aku. So aku terfikir adakah abang aku melalui malam yg sama seperti aku ?
Posted by SayFull at 4:11 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Shinigami Purple Skull - Soul Eater

wish box

Telefon, Kamera, Lappy sendiri
Lesen Kereta
Masuk Universiti
Motor & Kereta Sendiri

About Me

My photo
SayFull
nothing paranormal bout me...
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  14 (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  13 (3)
    • ▼  April (1)
      • Cinta & Persahabatan
    • ►  February (2)
      • Genre Adventure/Fantasi: Ketakutan dan Pengkhianatan
      • Problem D.O.N.E.
  • ►  12 (57)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (12)
    • ►  January (8)
  • ►  11 (14)
    • ►  December (13)
    • ►  March (1)
  • ►  10 (11)
    • ►  December (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)

Followers

add me

Penjenayah Kolar Putih

Reka Lencana Anda

Total Pageviews

Awesome Inc. theme. Theme images by hdoddema. Powered by Blogger.