-->

EPOOL BLoGiSm : Bout My True Story ⎝⓿⏝⓿⎠

Pages

  • Home

Search This Blog

Monday, February 18, 2013

Genre Adventure/Fantasi: Ketakutan dan Pengkhianatan

Hari ini Epu bermimpi, mimpi yang sangat nyata, ia kisah tentang kawan saya, kawan dunia nyata saya yg menjadi watak dalam mimpi saya.

Kisah bermula bila kitorang masuk kelas tentera, kami belajar bersama, menangis bersama, ketawa bersama, belajar bersama. Susah senang bersama. Kami dalam kelas suka kacau perempuan dan kami pelajar paling nakal.

Suatu hari perang telah tercetus, kami dikerah untuk menyerang pihak lawan. Kami menyerang pihak lawan, tapi Epu begitu takut untuk mati. So setelah pihak kami hampir kalah, Epu menyorok dikawasan musuh hingga perang reda. Epu tengok, semua kawan2 Epu ditangkap.

Tiba2, entah tawanan mana yg nampak Epu menyorok bawah rumah tawanan tu. Dia beritahu pihak lawan. Epu pun terus lari, ketika itu tiada apa lagi yg Epu pikir, Epu hanya pikir tak nak mati. Epu lari sekuat hati. Masa Epu lari tu, tiba2 pulak ada gelombang air yg amat besar mengejar dari belakang. Epu pun terjatuh ke dalam gaung rumput yg amat cantik. Tapi askar pihak lawan nampak Epu. So Epu terpaksa lari lagi. Epu panjat balik gaung rumput tu. Atas gaung rumput tu ada penempatan agama apa entah, tempat dia sangat indah. Epu pun menyorok kat situ, orang2 kat situ tau Epu lari dari askar yg jahat tapi diorang buat tak tahu je kat Epu.

Masa tengah menyorok tu, Epu mengintai dari celah batu tengok tentera itu masih ada atau sudah pergi. Nampaknya tentera jahat itu datang ke penempatan itu untuk mencari Epu. Dan salah seorang tentera jahat itu terlihat Epu dan dia menjerit memberitahu lokasi Epu. Epu terkejut, tak sangka askar yg nampak Epu tu kawan baik Epu sendiri. Tak sangka dia rela menjadi "talam dua muka". Epu dah penat lari, Epu dah tak nak lari, lagipun dah tiada jalan lain, semua jalan sudah dikepung.

Tiba2 datang mamat omputih entah dari mana, dia berlari dan terjun ke dalam kolam tempat budak2 mandi manda. Epu pun ikut samalah dan tahan nafas didasar kolam dgn mamat salleh tu. Tak sangka Epu terlepas dari askar tu (untuk sementara waktu). Bila Epu keluar dari kolam tu, askar yg jahat tu dah berpaling ke belakang untuk pulang tetapi salah seorang askar tu nampak Epu sekali lagi, dia menjerit sekali lagi. Tiba2 plak ada minah mana pulak datang kepada mamat omputih tu dan lari bersamanya, Epu ikut jer (dia nampak tidak kisah Epu ikutnya).

Epu ikut mamat salleh tu lari dan masuk ke dalam tempat ibadah penduduk disitu masa kami dikejar oleh tentera itu tu tetapi tentera itu tidak dibenarkan masuk ke dalam tempat ibadah itu. Masa lari tu, kami (Epu, perempuan asing dan mamat omputih) terdengar satu ketukan pada pintu tempat ibadah tu. Ia menjerit minta tolong supaya membuka pintu itu sebab dia pun mahu melarikan diri. Epu cam suara itu, dia adalah kawan baik Epu yg menjadi askar jahat tu tadi. Dia dah banyak menyusahkan Epu, so Epu tak bukak pintu tu. Kami berjaya melarikan diri. Tiba-tiba jer Epu tersedar dari mimpi tu. Tengok-tengok tepom ada 1 mesej dan jam menunjukkan pukul 3pm pada 8hb Febuari 2013. -the end-

PS : Kawan yg muncul dalam mimpi saya tu, yg menjadi askar jahat itu adalah kawan yg pernah menumbuk saya hanya krn GF dia suka bercakap dgn saya. Mungkinkah hati Epu masih belum memaafkannya lagi walaupun dia sudahpun meminta maaf dan kami selalu keluar bersama sekarang ?
Posted by SayFull at 3:40 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Shinigami Purple Skull - Soul Eater

wish box

Telefon, Kamera, Lappy sendiri
Lesen Kereta
Masuk Universiti
Motor & Kereta Sendiri

About Me

My photo
SayFull
nothing paranormal bout me...
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  14 (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  13 (3)
    • ►  April (1)
    • ▼  February (2)
      • Genre Adventure/Fantasi: Ketakutan dan Pengkhianatan
      • Problem D.O.N.E.
  • ►  12 (57)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (12)
    • ►  January (8)
  • ►  11 (14)
    • ►  December (13)
    • ►  March (1)
  • ►  10 (11)
    • ►  December (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)

Followers

add me

Penjenayah Kolar Putih

Reka Lencana Anda

Total Pageviews

Awesome Inc. theme. Theme images by hdoddema. Powered by Blogger.