-->

EPOOL BLoGiSm : Bout My True Story ⎝⓿⏝⓿⎠

Pages

  • Home

Search This Blog

Saturday, December 31, 2011

I Will Wait You


Awak... saya rindukan awak. Saya nak call awak, awak tak bagi sebab awak cakap "line" tak clear.

Hati saya mengeluarkan rasa sesuatu yg tidak saya sukai bila saya dapat tahu awak gembira menerima panggilan dari 'FL' (first love) awak. Mungkinkah ini cemburu? Haha, mengarut la hati saya nie kan.

Saya hanya mahu meminjam beberapa minit dari hidup awak, saya juz nak dengar suara awak utk beberapa minit. Saya terlalu rindukan awak. Saya pun nak awak gembira menerima panggilan saya sama seperti awak gembira menerima panggilan 'FL' awak.

Tapi saya janji, saya akan tetap menunggu sehingga "line" awak clear. Saya akan call awak juga 1 hari nanti, saya nak dengar suara awak. Walaupun nada suara awak seperti robot tapi saya tetap gembira.

Saya arap 1 hari nanti, handphone saya berbunyi "tet tet" (bunyi mesej). Tertulis pada teks mesej yang baru sampai "biey, call anje, anje rindu kow biey"....
Posted by SayFull at 11:13 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

The Rule in Relationship


1st rule in relationship :
Dont talk bout ur ex-bf in front of ur bf......

2nd rule :
[coming soon]

haha.. takder modal.....
Posted by SayFull at 3:43 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, December 30, 2011

Realiti Dunia


Ada seorang perempuan bernama 'N'. Dia rakan sekerja saya. Dulu masa mula2 kerja, saya tidak sukakan dia. Nak tahu kenapa? Sebab dia dah bersuami, tetapi saya lihat dia selalu pegang2 rakan saya (laki) gurau2, macam sepasang kekasih la. uueeekkk. Pemandangan itu buat saya lebih meluat dgn perempuan. Saya cakap dlm hati "bodohnya perempuan ini, suami tunggu kat rumah, si 'N' lak berseronok dgn laki lain". Rakan saya 'A' boleh pulak layan si perempuan tu. Mmg meluat la tgk dua orang itu. Tapi saya ingin memohon maaf kpd 'N' sebab mengata dia.

'N' tidaklah sejahat yg disangkakan. Malam ini baru saya sempat menemuramah dan mengetahui kisah dia. Saya tanya dia utk mengukuhkan fakta kawan saya yg mengatakan dia dah kahwin. Dia mengaku dia dah kahwin. Tapi dia cakap dia sekarang dalam proses penceraian. Tapi'N' mmg sporting & seorang yg tabah la sebab rilex jer dia bagitau cerita dia.

Saya pun tak tergamak nak cerita panjang. Kisah dia mmg sedih tapi dia rilex jer cerita. salah satu cerita yg dia keluarkan malam ini adalah cerita dia digugurkan kandungan secara paksa oleh suaminya. Dia ditendang pd bahagian perut sampai tergugur. Mmg jahat la suami dia. Saya cakap kat dia carilah bf yg boleh jaga dia dgn sebaik-baiknya. Dia cakap dia dah ada bf. Saya dah dapat agak siapa bf dia.

PS :
'N' masih muda, baru berusia 17 tahun.
Saya harap 'N' temui hidup bahagia di samping orang tersayang.
Posted by SayFull at 3:43 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

"Hampir Terpesong"


Sambungan daripada "Kisah Cinta Saya Yang Menyedihkan"
(kisah ini berlaku sebelum saya menemui 'I').

Selepas sedikit demi sedikit dapat lupakan si 'A', saya pun rasa macam dah 'upset' sangat dah dgn pompuan ni. Saya memang kecewa gila la dgn pompuan. Saya pun berkenalan dgn seorang laki. Saya di kenalkan oleh seorang kawan saya 'R' yang memang dah lama berkawan dgn dia tapi sekejap saja berkawan dgn dia. Sejak itu saya sering berbalas SMS dgn laki tu, dia selalu call saya. Dia memang ambil berat la tentang saya. Laki tu saya panggil dgn nama 'H'. Nak Tau kenapa dia selalu call saya, ambil berat tentang saya? Sebab dia gay.

Saya berkenalan dgn dia pun sebab saya dah nekad nak jadi gay, saya memang dah frust gila la dgn pompuan. Saya taknak lagi mencintai pompuan. Tapi semakin lama saya mengenali 'H', semakin saya takut kpd dia. Dia selalu bertanya tentang saiz 'angry bird' saya. Selepas mengenali 'H' baru saya tahu tinggi langit dan bumi.

Tapi selepas saya mendapat nombor telefon 'I', saya terus lupa utk SMS kpd 'H'. Tapi 'H' mmg seorang yg baik. Dia selalu ada time saya sedih. Saya suka dia tapi dia terlalu memaksa. Kadang2 rindu juga kat dia, haha.

Sekarang dia selalu tegur saya dalam facebook tapi saya tidak melayannya. 'H' tak pernah putus asa utk menegur saya. Dia akan menegur saya sampai saya balas chat dia. Tapi sori ex, saya taknak lagi jadi gay. Saya sudah menemui cinta baru saya dalam diri seorang perempuan iaitu 'I'.

PS :
Saya harap 'I' tidak sia2 kan cinta epool.
Posted by SayFull at 3:22 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, December 21, 2011

Kisah Cinta Saya Yang Menyedihkan



Tadi, dalam fb terbaca status seseorang yg saya kenal la. Dia baru jer putus, sedih la bila tengok cara dia tulis tu. Teringat kisah saya dulu, masa frust.

Dulu, selepas 2 tahun membina cinta bersama 'A', tepat2 pada hari aniversary kitorang dia cakap kat saya depan garaj motor sekolah yang dia tak sayangkan saya lagi depan kawan2 dia yg lain. Saya ingat dia bergurau, so saya wat tak reti jer la. Sampai jer kat rumah saya tanya dia betul ker dah tak sayang kat saya lagi? Dia cakap betul, dia tak bahagia dengan saya. Selepas dia cakap camtu saya terus tutup telefon, menangis dan berharap kata2 dia hanya tipu belaka sampailah saya tertidur. Malam itu, saya telefon dia, saya pujuk dia. Tapi dia langsung tidak berganjak dengan keputusannya ingin meninggalkan saya. Saya menangis teresak-esak, saya tak tahu kenapa dia tinggalkan saya begitu saja. Dia hanya cakap dia tak bahagia dengan saya. Habis jer kredit saya terus pergi topup tapi dia tutup telefon. Saya rasa macam nak gila, saya pun pergi rumah dia. Nak panggil tak buleh, nak telefon tutup lak. Saya hanya mampu mundar-mandir sambil menangis depan rumah dia. Kesian kat saya. Lepas sejam, saya letih dah nangis, saya atar mesej kat dia saya nak jumpa dia esok dalam kelas (untuk pujuk dia).

Keesokan harinya, awal2 pagi lagi saya tunggu dalam kelas, ingat dia tak datang tapi akhirnya dia datang jumpa saya. Saya menangis memujuknya, tapi saya tak tahu kenapa hatinya memang keras waktu itu, langsung tak mahu terima pujukan saya. Dia hanya tahu lap air mata saya, haha. Saya tahu jika saya memujuk dgn hati yg ikhlas, cinta akan membetulkan kesalahan kita. Namun saya dapat merasakan pada waktu itu cinta saya tidak boleh memasuki hatinya lagi. Seperti sudah ada orang lain di hatinya. Bodoh saya kan sebab tak perasan? Lepas itu tiba masa perhimpunan, saya pun lari masuk dalam bilik guru form 6 di tingkat 3, jumpa dgn guru kesayangan saya yang paling sporting. Saya masuk, saya nangis sepuas-puasnya. Cikgu hairan tengok keadaan saya, dia tak pernah lagi tengok saya sedih sebelum nie sebab saya selalunya happy tak bertempat. Cikgu tanya, dan tanya dan tanya akhirnya saya jawab kenapa saya nangis. Saya cakap la yang saya dah putus dgn 'A'.

Habis jer perhimpunan si 'A' datang ke bilik guru itu, dia tengok saya nangis depan guru. Cikgu tu pun bincang laa dgn si 'A' kenapa wat saya camni, alasan dia hanyalah sebab dia tak bahagia dgn saya. Saya nangis sampai rehat. Nak wat camner lagi kan? Dia tak bahagia dgn saya, terpaksa la saya tinggalkan dia. Saya pun wat keputusan untuk tinggalkan dia. Kami pun kuar dari bilik guru tapi saya masih tak puas hati dgn sebab kenapa dia tinggalkan saya. Saya pun pergi paksa dia cakap. Betapa sedihnya saya bila dia cakap dia ada lelaki lain bernama 'Apih'.

Buat kali ke-2, saya menangis sekuat hati di dalam bilik guru. Saya menangis sampai hampir pengsan, rebah di atas karpet bilik guru. Si'A' tengok sampai dia menangis tengok keadaan saya. Saya terbaring lemah sambil air mata keluar tidak berhenti. Si 'A' pun terduduk atas karpet sambil tengok saya. Cikgu pun cakap "Din kena lupakan 'A', dia dah ada pengganti Din, tak perlu lagi ingat kat dia. Tak guna Din mengharapkan dia lagi." Saya pun merangkak pergi kat si 'A' sebab saya dah letih sangat. Saya duduk depan dia sambil nangis teresak-esak, saya cakap kat dia "jaga Apih baik2 ex. Janganlah sayang kat Apih macam saya sayang awak, terlalu bodoh. 'A', jaga diri baik2 ex, saya dah tak boleh jaga awak dah. Walau saya sayang awak banyak mana pun saya tetap kena lepaskan awak pergi. Goodbye sayang........" Sambil nangis dia masuk ke kelas.

Tu laa kali pertama saya rasa dunia berhenti berputar, masa terkejang buat seketika. Saya dalam bilik guru macam orang gila, mundar-mandir macam dalam bilik guru tu takder oksigen. Masa itu 'A' lebih penting dari oksigen. Sampai la kul 1 duk macam tu. Masuk jer dalam kelas, cite kat kawan-kawan yang nak tau. BTW ramai kawan2 yg bagi semangat, kawan2 cakap 'A' memang bodoh sebab tinggalkan saya. Sedih gak laa diorang dengar. Balik sekolah jer diorang ajak saya pergi makan, diorang taknak saya balik rumah lagi takut saya kesunyian. haha......

Berminggu-minggu saya cuti dari wat lawak dalam kelas. Sampai sume cikgu yang masuk kelas cakap saya senyap jer sekarang macam 'bini mati'. Cikgu cakap pape pun kat saya, saya senyum jer. Sume cikgu form 6 tau pasal kisah cinta saya yang menyedihkan. Masa itu saya pun jumpa laa 'I' yang saya sayang sekarang. Dialah yang banyak tolong saya (sampai pernah bergaduh sekali), haha.... Sayang awak anje.........

ps :
Semalam 'A' antar mesej yang dia teringat & rindu kat saya.
Teringat & rindu ?
Perut dia dah gelembung ker tiba2 teringat kat saya?
Gewe taknak bertanggungjawab ker rindu kat saya tu?
Pergi mampus laa kau, pompuan gila takder gigi!!! uuueeekkk...

Saya tetap dgn awak, 'I'.............................
Posted by SayFull at 12:00 PM 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, December 20, 2011

Bila Cinta Datang Kembali


Jangan salah faham ex? Bukan kekasih lama yg datang kembali, tetapi perasaan dilamun cinta datang kembali.

Nak berceritalah sedikit sebanyak tentang diri saya kebelakangan ini. Sememangnya saya dilamun cinta namun kehidupan yg "busy" atau lebih dikenali sebagai 'PROJEK MAKAN & TIDUR SETIAP HARI' yg menghalang saya utk lebih menyayangi dan mengambil berat tentang 'I'.

Sori 'I', maybe dalam seminggu dua lagi saya akan lebih mengambil berat tentang awak. Lebih2 lagi bila 'I' diganggu 'sesuatu'. Rasa nak marah jugak lah bila orang yg kita sayang diganggu oleh pape pun makhluk Allah. Rasa macam nak pergi kat rumah 'I', peluk dia biar dia selamat dalam dakapan saya. Tiada siapa yg mampu ganggu dia lagi. Tapi apakan daya, hubungan kami tidak lagi bersambung dengan rasminya. So hanya mampu berharap abang kesayangannya menjaganya dengan baik (sayang bakal abang ipar ku).

1 lagi, "jerawat cinta" sudah tumbuh di muka. Hanya satu jer menandakan hanya 'I' seorang jer sudah terpahat di hati (memang xder orang lain yg baik dgn saya). Alalalala, sweetnyer. Harap2 'I' bahagialah dengan saya ex.

ps :
Lau 'I' tak bahagia, bagitau la, saya akan pergi dari hidup dia serta-merta.
Saya Sayang Awak Sangat2, Anje.....................
Posted by SayFull at 12:22 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

2 Hari Sudah Berlalu

2 hari dos x updet blok, malas eyhh. Xdop modal etep nok kecek gapo. Gewe tersayang pom tido dos, x oyak pom nok tido. Anje-anje. Ish2. Tapi male ni meme aso banggo nok mapuh, tapi tak tahu bakpo.

Takpo dok kawe kecek Klate sikit dop? Kito ore Klate etep, kade-kade nok ugop guno bahasa negeri kesayange kito dop.

Rindu wess sero kow 'I', bilo la xtau nok gi dating skali nge dio. Saye la jugop kow dio, namo ugop gewe dop? Lau x saye baip xsoh gewe. Nok oyak saye lebih2 kea malu plop bab ore jate nih xleh saye lebih2 kow puan, nati dio ukah atas palo. Tapi meme kawe saye sunggoh kow dio. Dio comel etep, nok puji depan dio takot koya pulop. haha. Biase laa gewe dop. Sedap ugop kade2 paggil dio 'syg', 'cyunk'. Buleh kiro laa, time2 rindu do'os mulo laa stat nok panggil 'syg', 'cyunk'. Tapi kawe duk risau loni kalu baloh rano eh? Adat bergewe, xleh lari dos baloh2 ni. Arap2 x baloh laa dop? Lau baloh pom bia mudoh baso laa 'I' tuu.

Sori laa neh, xdop modal do'os male nih. Nati lah kalu ado modal sikit2 kawe updet blok pulop. Ni pun bele2 tunggu 'I' takot2 dio bangun ko. haha............

ps :
Modal mari dos. Haaaa.... lah mari doss tuu... huhu
Buleh ugop adik kakok baco cite kawe male nih, haha.....
Posted by SayFull at 12:06 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, December 17, 2011

Menolong Membaiki Kisah Cinta Kawan Saya


Kisah berlaku apabila terjadi pergaduhan besar antara pasangan ini. Secara tak sengaja si lelaki terkeluar bahasa yang amat kasar. Pergaduhan itu berakhir dengan tangisan teresak-esak si perempuan. Apakan daya, si lelaki pun tak sanggup melihat pasangannya menangis teresak-esak, lalu mengajak saya mencari alat paling mujarab dalam proses memujuk iaitu 'Bunga Mawar Merah'.

Mula-mula kami meronda KB mencari kedai bunga, setelah beberapa lama mencari akhirnya menjumpai sebuah kedai kecil yang menjual bunga. Sungguh lega rasanya, namun masalah belum selesai. Selesai tuan kedai membungkus bunga mawar itu, kawan saya membayar harga bunga itu dengam duit RM50 namun tuan kedai tiada baki untuk di pulangkan. Kawan saya terpaksa berjalan kaki mencari sebuah kedai yang mempunyai wang yang kecil. Setelah kawan saya jauh berjalan akhirnya menjumpai sebuah kedai yang mampu memberikan tukaran wang RM50 kepada jumlah yang lebih kecil. Saya melihatnya terasa tersentuh, dari jauh saya melihat gaya berjalan, kederasan berjalan sambil menggaru-garu kepala menampakkan keikhlasannya mencintai pasangannya. Setelah selesai membayar, kami pulang dengan gembira.

Dalam perjalanan pulang baru saya perasan yang setiap kali melalui lampu isyarat, ia akan bertukar hijau. Mungkinkah "cupid" menolong kami? haha. Mengarut, 'cupid' tak wujud. Namun setelah sampai di selekoh lorong ke rumah si perempuan, tiba2 ternampak ayah si perempuan keluar dengan kereta. Kebetulan ke? Dengan pemergian ayah si perempuan cerita berjalan lancar untuk proses memujuk.

Sesampainya saya di rumah si perempuan, saya tidak dibenarkan melihat saat-saat indah proses memujuk itu kerana kawan saya malu. haha. Namun saya puas hati dapat menolong kisah cinta kawan saya sehingga baik semula. Semoga kekal la yer..

ps :
Kisah cinta saya, heroin tak balik2 lagi dari jauh, huhu...............
Posted by SayFull at 7:48 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Menempuh Hari-hari Yang Sunyi




Dulu, masa masih bersekolah selalu saya impikan cuti yang panjang. Bukan tidak mahu bersama kawan-kawan tapi letih nak bangun pukul 6 setiap pagi. Memang menyeksakan. Setiap saat bersama kawan-kawan amat menggembirakan. Selalu ketawa, buat lawak, buat orang ketawa, mem"bobot".

Hari terakhir yang paling bermakna dalam hidup saya adalah Last Exam Day. Hari itu di sambut bersama hari jadi saya. Walaupun tanpa si 'A' yang tak ada gigi namun hidup saya makin bermakna dengan adanya kawan-kawan dan dengan kehadiran si 'I' yang bertakhta di hati.

Selepas tamat peperiksaan, pada 15 Disember, masih bergembira dengan kawan-kawan dengan bercuti ke Kolam Air Panas La dekat Terengganu. Lepas itu, pada 16 Disember masih bersama kawan-kawan tetapi hanya bertiga. Pergi mengacau "suro" dekat kampung datuk kawan saya di Tumpat.

Dan pada 17 Disember iaitu hari ini, selepas keletihan yang di 'mampatkan' selama 2 hari, akhirnya dapat rehat yang secukupnya. Namun hari ini saya merindui kawan-kawan saya. Sangat-sangat merinduinya. Kitorang takkan dapat lagi berkumpul seperti masa bersekolah dulu.

ps :
Saya baru menerima panggilan, kawan saya mengajak saya pergi ronda-ronda KB. Kesunyian ini masih belum berakhir! Kawan saya masih ada! I LOVE FRENZ!!


"JIKA CERITA BERPENAMAT DENGAN KESEDIHAN, CERITA INI MASIH BELUM TAMAT"
Posted by SayFull at 12:03 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Jangan Tinggalkan Saya Jauh Sangat Yer !


Kelmarin, pada 16 Disember, 'I' telah bertolak ke *tut* *tut* dan semakin jauh dari saya. Nak telefon pun serba salah bab kat sana tiada tempat tulis "zon bergayut". Semua tempat ada orang, malu la nak bergayut depan orang kan. Tapi apa2 pun 'I' jaga diri baik2 yer. Sejauh mana pun awak pergi, awak tetap di hati saya tapi jangan pergi "jauh sangat" ex ? Takut nanti awak tak bleh pulang kepada saya, saya akan sedih macam yang awak cakap "seperti kucing hilang anak". Saya tak nak perkara macam itu terjadi kepada saya sekali lagi.

ps :
Saya sayang 'I' sangat2............
Posted by SayFull at 11:32 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, December 16, 2011

Saya Sayang 'I'


Harap awak hepi dengan saya ex............

You complete my story...........
Posted by SayFull at 2:49 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saya Masih Ingat

Dulu, masa kita masih blom couple, saya suka wat awak bingung dengan ayat2 yg susah tuk di fahami seperti "kadang2 kita mencari jawapan yang sudah ada di depan kita". Saya suka bila 'I' bingung dan bertanya soalan yang tak ikhlas di tanya, haha.

Dulu juga, saya masih ingat saya bagi satu lagu kat awak. Lagu tuu di popularkan oleh kumpulan Brainstewz bertajuk "Hanya Kawan". Mula2 awak baca tajuk lagu tu "Hanya Kawan", maybe laa masa tuu awak ingat saya juz nak berkawan dengan awak dats why saya suruh awak dengar dan memahami lirik lagu tu. Tapi dia masih tidak faham mesej yang di beri oleh lagu tu. Lirik lagu tu berbunyi :

Bagi diri mu ku hanya rakan mu,
Bagi diri ku kau lebih dari itu
Hanya tuhan saja yang tahu perasaan ku,
Hidup ku tak menentu....

Masa tu awak tanya, saya bagi lagu tuu kat dia atas sebab apa. Saya cakap "saje, lagu nie best". Maybe sebab tu laa awak tak faham maksud saya, awak ingat saya betul2 "saje lagu nie best".

Sekarang lagu tu dah macam 'trademark' relationship kitorang la sebab bila saya dengar jer lagu tu terus ingat kat 'I'. haha. Pape pun "gue nggak ngerti sih!"....
Posted by SayFull at 2:33 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

This Is My New World

Selepas kehilangan orang yang saya "sangka" saya sayang sangat2, saya dapat penggantinya iaitu orang yang banyak menolong saya tuk melupakannya iaitu 'F' atau kadang2 saya memanggilnya dengan nama 'I'. Saya pon x sangka! Jika dia bahagia dengan saya, alhamdulillah, itu ganjaran baik yang dia dapat sebab tolong saya. Saya pun turut menyayanginya sebab dia pun special tau, dia unik. Tak pernah lagi saya jumpa orang macam dia. Xtau laa serasi atau tidak dengan saya tapi saya suka. Tapi 'F' or 'I', dulu saya cuba menyayangi seseorang dengan mengonkongnya, akhirnya dia tinggalkan saya. Sekarang dengan awak, kalau boleh saya nak hubungan yang bebas. 'F' bebas dengan hidup 'F', saya bebas dengan hidup saya tetapi awak masih milik saya. Jika dengan cara 'relationship' macam nie pun wanita masih tinggalkan saya. OK, FINE! I WILL BE A PLAYBOY! Saya suka awak 'F' tapi perasaan janggal masih ada apabila bersama awak. Xtau laa perasaan apa itu. Maybe (bkn Maybank) sebab 'our relationship' masih terlalu awal. "Gue nggak tau sih!" haha.
Posted by SayFull at 2:18 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Shinigami Purple Skull - Soul Eater

wish box

Telefon, Kamera, Lappy sendiri
Lesen Kereta
Masuk Universiti
Motor & Kereta Sendiri

About Me

My photo
SayFull
nothing paranormal bout me...
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  14 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  13 (3)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ►  12 (57)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (12)
    • ►  January (8)
  • ▼  11 (14)
    • ▼  December (13)
      • I Will Wait You
      • The Rule in Relationship
      • Realiti Dunia
      • "Hampir Terpesong"
      • Kisah Cinta Saya Yang Menyedihkan
      • Bila Cinta Datang Kembali
      • 2 Hari Sudah Berlalu
      • Menolong Membaiki Kisah Cinta Kawan Saya
      • Menempuh Hari-hari Yang Sunyi
      • Jangan Tinggalkan Saya Jauh Sangat Yer !
      • Saya Sayang 'I'
      • Saya Masih Ingat
      • This Is My New World
    • ►  March (1)
  • ►  10 (11)
    • ►  December (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)

Followers

add me

Penjenayah Kolar Putih

Reka Lencana Anda

Total Pageviews

Awesome Inc. theme. Theme images by hdoddema. Powered by Blogger.