-->

EPOOL BLoGiSm : Bout My True Story ⎝⓿⏝⓿⎠

Pages

  • Home

Search This Blog

Wednesday, December 21, 2011

Kisah Cinta Saya Yang Menyedihkan



Tadi, dalam fb terbaca status seseorang yg saya kenal la. Dia baru jer putus, sedih la bila tengok cara dia tulis tu. Teringat kisah saya dulu, masa frust.

Dulu, selepas 2 tahun membina cinta bersama 'A', tepat2 pada hari aniversary kitorang dia cakap kat saya depan garaj motor sekolah yang dia tak sayangkan saya lagi depan kawan2 dia yg lain. Saya ingat dia bergurau, so saya wat tak reti jer la. Sampai jer kat rumah saya tanya dia betul ker dah tak sayang kat saya lagi? Dia cakap betul, dia tak bahagia dengan saya. Selepas dia cakap camtu saya terus tutup telefon, menangis dan berharap kata2 dia hanya tipu belaka sampailah saya tertidur. Malam itu, saya telefon dia, saya pujuk dia. Tapi dia langsung tidak berganjak dengan keputusannya ingin meninggalkan saya. Saya menangis teresak-esak, saya tak tahu kenapa dia tinggalkan saya begitu saja. Dia hanya cakap dia tak bahagia dengan saya. Habis jer kredit saya terus pergi topup tapi dia tutup telefon. Saya rasa macam nak gila, saya pun pergi rumah dia. Nak panggil tak buleh, nak telefon tutup lak. Saya hanya mampu mundar-mandir sambil menangis depan rumah dia. Kesian kat saya. Lepas sejam, saya letih dah nangis, saya atar mesej kat dia saya nak jumpa dia esok dalam kelas (untuk pujuk dia).

Keesokan harinya, awal2 pagi lagi saya tunggu dalam kelas, ingat dia tak datang tapi akhirnya dia datang jumpa saya. Saya menangis memujuknya, tapi saya tak tahu kenapa hatinya memang keras waktu itu, langsung tak mahu terima pujukan saya. Dia hanya tahu lap air mata saya, haha. Saya tahu jika saya memujuk dgn hati yg ikhlas, cinta akan membetulkan kesalahan kita. Namun saya dapat merasakan pada waktu itu cinta saya tidak boleh memasuki hatinya lagi. Seperti sudah ada orang lain di hatinya. Bodoh saya kan sebab tak perasan? Lepas itu tiba masa perhimpunan, saya pun lari masuk dalam bilik guru form 6 di tingkat 3, jumpa dgn guru kesayangan saya yang paling sporting. Saya masuk, saya nangis sepuas-puasnya. Cikgu hairan tengok keadaan saya, dia tak pernah lagi tengok saya sedih sebelum nie sebab saya selalunya happy tak bertempat. Cikgu tanya, dan tanya dan tanya akhirnya saya jawab kenapa saya nangis. Saya cakap la yang saya dah putus dgn 'A'.

Habis jer perhimpunan si 'A' datang ke bilik guru itu, dia tengok saya nangis depan guru. Cikgu tu pun bincang laa dgn si 'A' kenapa wat saya camni, alasan dia hanyalah sebab dia tak bahagia dgn saya. Saya nangis sampai rehat. Nak wat camner lagi kan? Dia tak bahagia dgn saya, terpaksa la saya tinggalkan dia. Saya pun wat keputusan untuk tinggalkan dia. Kami pun kuar dari bilik guru tapi saya masih tak puas hati dgn sebab kenapa dia tinggalkan saya. Saya pun pergi paksa dia cakap. Betapa sedihnya saya bila dia cakap dia ada lelaki lain bernama 'Apih'.

Buat kali ke-2, saya menangis sekuat hati di dalam bilik guru. Saya menangis sampai hampir pengsan, rebah di atas karpet bilik guru. Si'A' tengok sampai dia menangis tengok keadaan saya. Saya terbaring lemah sambil air mata keluar tidak berhenti. Si 'A' pun terduduk atas karpet sambil tengok saya. Cikgu pun cakap "Din kena lupakan 'A', dia dah ada pengganti Din, tak perlu lagi ingat kat dia. Tak guna Din mengharapkan dia lagi." Saya pun merangkak pergi kat si 'A' sebab saya dah letih sangat. Saya duduk depan dia sambil nangis teresak-esak, saya cakap kat dia "jaga Apih baik2 ex. Janganlah sayang kat Apih macam saya sayang awak, terlalu bodoh. 'A', jaga diri baik2 ex, saya dah tak boleh jaga awak dah. Walau saya sayang awak banyak mana pun saya tetap kena lepaskan awak pergi. Goodbye sayang........" Sambil nangis dia masuk ke kelas.

Tu laa kali pertama saya rasa dunia berhenti berputar, masa terkejang buat seketika. Saya dalam bilik guru macam orang gila, mundar-mandir macam dalam bilik guru tu takder oksigen. Masa itu 'A' lebih penting dari oksigen. Sampai la kul 1 duk macam tu. Masuk jer dalam kelas, cite kat kawan-kawan yang nak tau. BTW ramai kawan2 yg bagi semangat, kawan2 cakap 'A' memang bodoh sebab tinggalkan saya. Sedih gak laa diorang dengar. Balik sekolah jer diorang ajak saya pergi makan, diorang taknak saya balik rumah lagi takut saya kesunyian. haha......

Berminggu-minggu saya cuti dari wat lawak dalam kelas. Sampai sume cikgu yang masuk kelas cakap saya senyap jer sekarang macam 'bini mati'. Cikgu cakap pape pun kat saya, saya senyum jer. Sume cikgu form 6 tau pasal kisah cinta saya yang menyedihkan. Masa itu saya pun jumpa laa 'I' yang saya sayang sekarang. Dialah yang banyak tolong saya (sampai pernah bergaduh sekali), haha.... Sayang awak anje.........

ps :
Semalam 'A' antar mesej yang dia teringat & rindu kat saya.
Teringat & rindu ?
Perut dia dah gelembung ker tiba2 teringat kat saya?
Gewe taknak bertanggungjawab ker rindu kat saya tu?
Pergi mampus laa kau, pompuan gila takder gigi!!! uuueeekkk...

Saya tetap dgn awak, 'I'.............................
Posted by SayFull at 12:00 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

  1. anazJune 2, 2012 at 5:34 PM

    hahahaha..lucu lah ini budak....

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Shinigami Purple Skull - Soul Eater

wish box

Telefon, Kamera, Lappy sendiri
Lesen Kereta
Masuk Universiti
Motor & Kereta Sendiri

About Me

My photo
SayFull
nothing paranormal bout me...
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  14 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  13 (3)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ►  12 (57)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (12)
    • ►  January (8)
  • ▼  11 (14)
    • ▼  December (13)
      • I Will Wait You
      • The Rule in Relationship
      • Realiti Dunia
      • "Hampir Terpesong"
      • Kisah Cinta Saya Yang Menyedihkan
      • Bila Cinta Datang Kembali
      • 2 Hari Sudah Berlalu
      • Menolong Membaiki Kisah Cinta Kawan Saya
      • Menempuh Hari-hari Yang Sunyi
      • Jangan Tinggalkan Saya Jauh Sangat Yer !
      • Saya Sayang 'I'
      • Saya Masih Ingat
      • This Is My New World
    • ►  March (1)
  • ►  10 (11)
    • ►  December (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)

Followers

add me

Penjenayah Kolar Putih

Reka Lencana Anda

Total Pageviews

Awesome Inc. theme. Theme images by hdoddema. Powered by Blogger.