
Kisah berlaku apabila terjadi pergaduhan besar antara pasangan ini. Secara tak sengaja si lelaki terkeluar bahasa yang amat kasar. Pergaduhan itu berakhir dengan tangisan teresak-esak si perempuan. Apakan daya, si lelaki pun tak sanggup melihat pasangannya menangis teresak-esak, lalu mengajak saya mencari alat paling mujarab dalam proses memujuk iaitu 'Bunga Mawar Merah'.
Mula-mula kami meronda KB mencari kedai bunga, setelah beberapa lama mencari akhirnya menjumpai sebuah kedai kecil yang menjual bunga. Sungguh lega rasanya, namun masalah belum selesai. Selesai tuan kedai membungkus bunga mawar itu, kawan saya membayar harga bunga itu dengam duit RM50 namun tuan kedai tiada baki untuk di pulangkan. Kawan saya terpaksa berjalan kaki mencari sebuah kedai yang mempunyai wang yang kecil. Setelah kawan saya jauh berjalan akhirnya menjumpai sebuah kedai yang mampu memberikan tukaran wang RM50 kepada jumlah yang lebih kecil. Saya melihatnya terasa tersentuh, dari jauh saya melihat gaya berjalan, kederasan berjalan sambil menggaru-garu kepala menampakkan keikhlasannya mencintai pasangannya. Setelah selesai membayar, kami pulang dengan gembira.
Dalam perjalanan pulang baru saya perasan yang setiap kali melalui lampu isyarat, ia akan bertukar hijau. Mungkinkah "cupid" menolong kami? haha. Mengarut, 'cupid' tak wujud. Namun setelah sampai di selekoh lorong ke rumah si perempuan, tiba2 ternampak ayah si perempuan keluar dengan kereta. Kebetulan ke? Dengan pemergian ayah si perempuan cerita berjalan lancar untuk proses memujuk.
Sesampainya saya di rumah si perempuan, saya tidak dibenarkan melihat saat-saat indah proses memujuk itu kerana kawan saya malu. haha. Namun saya puas hati dapat menolong kisah cinta kawan saya sehingga baik semula. Semoga kekal la yer..
ps :
Kisah cinta saya, heroin tak balik2 lagi dari jauh, huhu...............

No comments:
Post a Comment