-->

EPOOL BLoGiSm : Bout My True Story ⎝⓿⏝⓿⎠

Pages

  • Home

Search This Blog

Tuesday, May 8, 2012

Hobi Pelik

Epool ada satu hobi yg pelik. Nak tau ? Tunggu masa dan waktu yg sama di minggu hadapan.

Marah ker ? Takderlah, gurau jer.

Epool ada tabiat pelik. Tapi tabiat pelik ini tidak selalunya datang. Dia datang hanya jarang2. Seingat Epool ia datang hanya bila saya kesedihan dan kesepian. Paling tepat apabila bergaduh dgn kekasih paling tersayang. Apa hobi yg pelik itu ? Hobi itu adalah menyimpan nombor telefon perempuan yg tak dikenali, terutama perempuan yg di kategorikan comel oleh lelaki.

Maybe sebab nak balas dendam kpd kekasih Epool kot mengapa Epool buat begitu. Itu "maybe", sebab tak pernah terfikir pun begitu. Epool hanya fikir menyimpan nombor telefon perempuan hanya utk minta tolong jika dalam kesusahan dan berhampiran dgn rumah perempuan itu. Sebagai contoh jika sesat dikawasan berhampiran, boleh la minta tunjuk ajar. hihi.

Pencapaian terbaik Epool pernah Epool buat dalam bidang ini adalah Epool dapat nombor telefon perempuan yg tidak dikenali dalam hari pertama berkenalan. Dan Epool pernah dapat 8 nombor perempuan yg tidak dikenali dlm seminggu.

Tapi dalam keadaan biasa, iaitu saat bahagia bersama yg tersayang, Epool langsung tiada mood utk mengejas perempuan lain. Entah mengapa. Lagipun bila Epool takder idea nak bagi ayat macam mana kat perempuan sebab Epool tak pernah terfikir pon nak menduakan "yg tersayang" Epool. Tapi bila dah bergaduh, macam2 idea yg muncul. Ia muncul dgn idea2 yg bernas, mantap kreatif yg tak pernah terfikir oleh Epool semasa Epool dalam "mode in love". Tapi sejak bergaduh dgn "I" tak pernah muncul lak idea kreatif itu, maybe sbb Epool tak tertekan sangat bila gaduh dgn "I", dan maybe sebab Epool pon dah taknak benda begitu.

Tapi dulu memang kerap datang tabiat itu. Tapi tabiat itu mendatangkan faedah juga. Sebagai contoh selepas putus dgn ex-girlfren Epool dulu, Epool dapat luahkan pada perempuan2 itu. Dan Epool juga mengejas hanya di dalam Facebook. Haha. Sebab kat luar malu, hihi. Dan bila Epool ngejas perempuan itu melalui chat FB, bila dapat jer nombor telefon terus tak tegur dah perempuan itu. Cari nombor telefon lain pulak. Haha. Sumpah tak buat dah sekarang, bahagia sangat kot sekarang nie. Syg "I" !

Posted by SayFull at 11:35 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, May 7, 2012

Kalau Aku Seorang Pengarah (The Biggest Star Ever Met)

Beginilah rupanya video klip lagu Biggest Star Ever Met kalau aku jadi pengarah. Cuba imaginasikan..

(Mula suara kartun) Kamera menunjukkan Cupid lelaki sedang terbang dan menyanyi sambil membawa hati seorang perempuan utk dipanahkan kpd lelaki yg sedang di carinya. Akhirnya dia terjumpa lelaki itu dan semasa sedang membidik sasaran, Cupid itu terlanggar bumbung bangunan Kolej dan terlepas panah itu. Panah itu menghala ke arah lelaki itu dan.......

(Mula muzik yg rancak) Kamera menunjukkan lelaki itu terkejut apabila terasa seperti di cucuk tiba2 pada bahagian dadanya. Dan hatinya menyanyi. Namun panah itu tidak terkena hatinya, ia telah senget ke kiri. Dia terasa pelik dan memeriksa dadanya takut ada apa2 yg menikamnya. Namun tiada apa2 dan dia...

(Mula menyanyi) Kamera menunjukkan dia meneruskan aktiviti harian seperti biasa. Kamera menunjukkan lelaki itu seorang yg 'nerd' dan hanya mementingkan pelajaran, selalu mengadap buku tanpa pedulikan kehidupan sosialnya. Selepas itu, dia bersiap utk ke kuliah. Dgn kelam kabut krn telah lewat, dia berlari ke kuliah dan terlanggar seorang rakan kuliahnya iaitu perempuan.

(Masuk chorus) Dia terpandang perempuan itu dan panah yg senget itu terkena hatinya dan dia mula jatuh cinta. Tapi dia tidak kata apa2 pd perempuan itu. Si lelaki hanya terfikir betapa cantiknya perempuan itu. Bila pulang ke rumah ia asyik memikirkan perempuan itu. Dia tidak mampu lakukan apa2 selain memerhati perempuan itu. Akhirnya dia ambil keputusan utk meluahkan isi hatinya. Namun ditolak oleh gadis itu. Dia tetap mencuba namun ditolak. Akhirnya perempuan itu tidak tahan lagi, perempuan itu menolaknya sehingga terjatuh dan memarahi si lelaki itu dan lelaki itu terasa hati. Dan si lelaki mula berputus asa. Si lelaki fikir dia sememangnya tidak layak memiliki gadis itu.

(Bunyi gitar perlahan) Hujan mula turun dan membasahkan lelaki itu. Dan kamera menunjukkan si perempuan berjalan meninggalkan lelaki itu dalam hujan.

(Suara kartun) Kamera menunjukkan Cupid betina yg sedang terbang dan menyanyi sambil mencari perempuan itu. Cupid itu membawa hati lelaki itu utk dipanahkan kpd si perempuan. Cupid itu menjumpai wanita itu dan memanah wanita itu dan mengenai tepat hati wanita itu.

(Muzik bermula) Perempuan itu merasakan hatinya menyanyi dan merasa mula jatuh cinta pd lelaki itu krn usahanya yg begitu hebat hanya utk mendapatkan cintanya. Akhirnya ia berpatah balik kpd lelaki itu yg telah jatuh terduduk tadi dan menarik tangan lelaki itu ke tempat teduh.

(Suara kartun menyanyi "lalalalala") Cupid lelaki dan betina itu berlalu sambil menyanyi dgn gembira krn telah menyelesaikan tugasnya. Si lelaki dan perempuan itu juga berlalu dgn gembira krn telah mendapat cintanya.

Posted by SayFull at 11:00 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, May 3, 2012

Jangan Buat Aku Cemburu !!

Seperti yg di agak, akhirnya memang terjadi. Sebab itulah Epool tak suka mengonkong. Dia dah start dah wat perangai lagi.

Dear wess. Maybe yoer tak faham dgn maksud ore tentang "jangan buat ore cemburu" sebab ore pom x pernah bagitau yoer kea. So bukan salah yoer. Ia tak bermaksud putuskan seluruh hubungan dgn lelaki. Ore hanya nak mengehadkan sesetengah sahaja, tidak kesemuanya. Ore tau, yoer sememang rancang buat begini supaya dia dapat tengok post ini. Post inilah yg dia tunggu selama ini, haha.

So ore nak gitau apa yg ore paling mencetuskan cemburu ore :

-Ore tak suka dia bagi nombor telefon kat mana2 lelaki. Ore dah jadi dunia dia, so tak perlu masukkan mana2 lelaki di dalam dunia kita. Lau ada yg minta nombor telefon ore, kalau boleh gitau ore, plizz.

-Pastu, ore tak suka dye chat or SMS dgn laki len dgn mesra. Dye boleh nak SMS or chat dgn sape2 sekalipun but not too friendly, terlalu mesra. Seperti contoh membahasakan diri "sayang2", "kanda", "biey/anje", "cyunk", "yayunk".

-Pastu, boleh tak dia jgn layan si hidung belang ? Ni siap bagi nombor telefon lagi. Boleh tak kalau si hidung belang tegur dia ker, chat dgn dia ker, tunjukkan yg dia ader ore tapi jgn ketara sangat. Bagitau si hidung belang yg kamu sudah ada boyfren tapi dgn kiasan.

-Pastu dilarang keras dia bagi nombor pd mana2 lelaki yg tak pernah ada rekod sekelas dgn yoer ataupun tak pernah sekumpulan dgn yoer.

List2 di atas nie adalah list2 yg paling mencetuskan cemburu seorang lelaki pada kekasihnya yg paling di sayangi, BUKAN list2 utk seorang kekasih WAJIB IKUT.

Supaya dia tak buat ore cemburu lagi, sebaik-baiknya dia ikut kata hati dia apa tindakan terbaik dye demi kebahagiaan ore. Ikut kata hati yoer, percayakan kasih sayang yoer, nescaya cinta akan tunjukkan jalan. ore taw, dia manusia kan ? Bukan robot, dia punya hati dan kasih sayang. So ore tak perlu bagitau apa yg patut, be mature.

PS : So dia kembalilah ceria seperti dulu, jgn jadikan ore sebagai alasan dia tidak bebas bersosial. Cuma sebelum buat apa2 tindakan fikir dahulu adakah kamu suka bf kamu lakukan tindakan yg sama seperti yg akan kamu lakukan itu. Jika tidak, lupakan apa yg akan kamu buat itu. Ok ? Jumpa lagi, hihi.....
Posted by SayFull at 12:39 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Shinigami Purple Skull - Soul Eater

wish box

Telefon, Kamera, Lappy sendiri
Lesen Kereta
Masuk Universiti
Motor & Kereta Sendiri

About Me

My photo
SayFull
nothing paranormal bout me...
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  14 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  13 (3)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ▼  12 (57)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
    • ▼  May (3)
      • Hobi Pelik
      • Kalau Aku Seorang Pengarah (The Biggest Star Ever ...
      • Jangan Buat Aku Cemburu !!
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (12)
    • ►  January (8)
  • ►  11 (14)
    • ►  December (13)
    • ►  March (1)
  • ►  10 (11)
    • ►  December (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)

Followers

add me

Penjenayah Kolar Putih

Reka Lencana Anda

Total Pageviews

Awesome Inc. theme. Theme images by hdoddema. Powered by Blogger.