Epool ada satu hobi yg pelik. Nak tau ? Tunggu masa dan waktu yg sama di minggu hadapan.
Marah ker ? Takderlah, gurau jer.
Epool ada tabiat pelik. Tapi tabiat pelik ini tidak selalunya datang. Dia datang hanya jarang2. Seingat Epool ia datang hanya bila saya kesedihan dan kesepian. Paling tepat apabila bergaduh dgn kekasih paling tersayang. Apa hobi yg pelik itu ? Hobi itu adalah menyimpan nombor telefon perempuan yg tak dikenali, terutama perempuan yg di kategorikan comel oleh lelaki.
Maybe sebab nak balas dendam kpd kekasih Epool kot mengapa Epool buat begitu. Itu "maybe", sebab tak pernah terfikir pun begitu. Epool hanya fikir menyimpan nombor telefon perempuan hanya utk minta tolong jika dalam kesusahan dan berhampiran dgn rumah perempuan itu. Sebagai contoh jika sesat dikawasan berhampiran, boleh la minta tunjuk ajar. hihi.
Pencapaian terbaik Epool pernah Epool buat dalam bidang ini adalah Epool dapat nombor telefon perempuan yg tidak dikenali dalam hari pertama berkenalan. Dan Epool pernah dapat 8 nombor perempuan yg tidak dikenali dlm seminggu.
Tapi dalam keadaan biasa, iaitu saat bahagia bersama yg tersayang, Epool langsung tiada mood utk mengejas perempuan lain. Entah mengapa. Lagipun bila Epool takder idea nak bagi ayat macam mana kat perempuan sebab Epool tak pernah terfikir pon nak menduakan "yg tersayang" Epool. Tapi bila dah bergaduh, macam2 idea yg muncul. Ia muncul dgn idea2 yg bernas, mantap kreatif yg tak pernah terfikir oleh Epool semasa Epool dalam "mode in love". Tapi sejak bergaduh dgn "I" tak pernah muncul lak idea kreatif itu, maybe sbb Epool tak tertekan sangat bila gaduh dgn "I", dan maybe sebab Epool pon dah taknak benda begitu.
Tapi dulu memang kerap datang tabiat itu. Tapi tabiat itu mendatangkan faedah juga. Sebagai contoh selepas putus dgn ex-girlfren Epool dulu, Epool dapat luahkan pada perempuan2 itu. Dan Epool juga mengejas hanya di dalam Facebook. Haha. Sebab kat luar malu, hihi. Dan bila Epool ngejas perempuan itu melalui chat FB, bila dapat jer nombor telefon terus tak tegur dah perempuan itu. Cari nombor telefon lain pulak. Haha. Sumpah tak buat dah sekarang, bahagia sangat kot sekarang nie. Syg "I" !

No comments:
Post a Comment