-->

EPOOL BLoGiSm : Bout My True Story ⎝⓿⏝⓿⎠

Pages

  • Home

Search This Blog

Wednesday, February 6, 2013

Problem D.O.N.E.

Pada malam sebelum nie (entah la bila, taknak ingat kenangan pahit- dalam 2, 3 hari sebelum ni) pada suatu malam, Epu keluar rumah macam biasa. Epu tak tahu malam itu akan jadi malam terburuk dalam hidup Epu. Keluar pun bukan pergi mana-mana, just melepak rumah kawan. Seperti biasa, dalam pukul 2-2.30am, ayah Epu akan call.

Malam itu Epu rasa sakit hati sangat bila dia call. Epu rasa macam keluar pun asyik call, tak bebas jugak. So Epu tak angkat, Epu buat-buat tak tahu. Banyak kali dia call, rasa takut pun ada jugak (ayah Epu tak suka anak dia tak angkat dia call). So Epu lekas-lekas balik lepas berlambak "missed call" dari si ayah.

Macam biasa, Epu balik, tak ada apa-apa bila di tengah jalan. Masa dalam perjalanan Epu dah rancang seperti malam-malam sebelum ini Epu akan masuk rumah ikut tingkap bilik Epu pasal kalau Epu bawak kunci pintu pun, orang kat rumah tetap kunci pintu atas dengan bawah (kunci yg tidak boleh dibuka dari luar). Sampai jer rumah, Epu perasan ada lembaga depan rumah, Epu dah agak dah, conform itu ayah Epu. Epu mati-mati ingat Epu akan dipukul. Mampos aku, mampos mampos!" kata Epu dalam hati.

Epu tak berani lalu depan dia, so Epu duduk jer kat motor Epu. Tiba-tiba dia datang ke arah Epu dan dia mula bertanya soalan yg menyakitkan hati. Dia cakap sesuatu yg sangat terasa di hati seorang anak. Dia suruh Epu ambik baju dan keluar dari rumah ni. Masa itu, Epu rasa sangat gembira (sebab dah lama Epu nak keluar dari rumah bodoh tu). Masa itu Epu dah tak tahan dengan kata-kata dia, Epu pun keluarkan isi hati Epu yg dah lama terpendam. Tanpa diminta, air mata Epu keluar mencurah ke tanah. "Dia" terus berlalu naik ke atas rumah. Epu duduk ditangga sambil menangis-nangis.

Epu baru plan nak naik atas rumah, ambik baju, pergi beli tiket bas, pergi ke Selangor (semua dah dirancang bila kawan cakap nak support Epu kalau nak lari keluar negeri dan mulakan hidup baru). Tapi tiba-tiba ayah datang suruh naik atas rumah. What The Fuck!! Terpaksalah aku naik atas rumah, aku tak boleh lari lagi dari "Kurungan Neraka Remaja". Aku pun naik atas rumah dan terus menangis sampai tertidur.

Keesokan harinya, aku meneruskan kehidupan yg tak sama lagi seperti dulu. Ia terasa seperti zaman sebelum masihi berubah kepada selepas masihi, dan selepas masihi berubah kepada hari itu. Ia terasa sangat berbeza dan Epu menjadi semakin pendiam. Rasa sangat malu kepada ayah selepas peristiwa itu. Dan Epu asyik terfikir kata-kata ayah pada malam itu.

Tak berapa lama selepas itu, selepas berhari-hari fikir tentang kata-kata ayah itu, akhirnya Epu mengerti apa mahunya. Baru Epu tahu kenapa dia selalu call tengah malam, kenapa dia tak suka anak2 dia tak menjawab panggilannya. Mula-mula aku menganggap ayah aku marah aku keluar tengah malam sebab dia ingat aku main barang-barang pelik seperti dadah, rokok dan sesuatu yg tak menyihatkan. Tapi kelakuan menelefon ditengah malam sangat bodoh jika ingin membanteras anak dari najis dadah.

Tapi selepas mengetahui kemahuan sebenarnya, aku rasa tidak sangka, semua kelakuannya sebelum ini masuk akal. Jika dia tak ingin aku terlibat dalam gejala itu, itulah penyelesaian yg betul, dia melakukan langkah yg bijak. Epu rasa respect kpd ayah buat sementara waktu. Apa yg dia tak suka adalah maksiat/zina. Dia suspek aku tidur dengan perempuan, sebab itu dia call tengah2 malam. JIka korang pikir logik, kalau aku tidur rumah perempuan kena senyap2, takleh bising2, so kalau aku tak angkat call dia, memang patutlah dia marah.

Tapi aku tak pernah pun buat maksiat, tak pernah pun tidur rumah perempuan. Lagipun "my sayang" sangat baik, dia sangat menjaga maruahnya (thank you baby). Sekarang aku paham.Kalau aku nak keluar malam2, aku kena angkat call dia, baru dia tak marah. So masalah yg sudah berlarutan hampir 2 or 3 tahun (koet) dah selesai.

ps : Abang aku sangat memahami ayah aku, sangat melindungi ayah aku. So aku terfikir adakah abang aku melalui malam yg sama seperti aku ?
Posted by SayFull at 4:11 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Shinigami Purple Skull - Soul Eater

wish box

Telefon, Kamera, Lappy sendiri
Lesen Kereta
Masuk Universiti
Motor & Kereta Sendiri

About Me

My photo
SayFull
nothing paranormal bout me...
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  14 (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  13 (3)
    • ►  April (1)
    • ▼  February (2)
      • Genre Adventure/Fantasi: Ketakutan dan Pengkhianatan
      • Problem D.O.N.E.
  • ►  12 (57)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (12)
    • ►  January (8)
  • ►  11 (14)
    • ►  December (13)
    • ►  March (1)
  • ►  10 (11)
    • ►  December (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)

Followers

add me

Penjenayah Kolar Putih

Reka Lencana Anda

Total Pageviews

Awesome Inc. theme. Theme images by hdoddema. Powered by Blogger.