-->

EPOOL BLoGiSm : Bout My True Story ⎝⓿⏝⓿⎠

Pages

  • Home

Search This Blog

Sunday, March 20, 2011

Kawan Makan Kawan !!

Aku ada seorang kawan dan kawan aku itu boleh dikategorikan sebagai kawan baik. Kami selalu bersama kemana saja kami pergi. Saya juga suka melawak bersamanya kerana dia seorang yang lucu (nak muntah rasa!!). Tetapi baru-baru ini sesuatu peristiwa yang amat menakutkan berlaku menyebabkan perhubungan kami terputus untuk selamanya !

Ia bermula pada suatu hari, hari itu berlangsungnya peperiksaan di sekolah saya. Tempat saya adalah di belakang kelas. Kerana tidak membaca pada malam sebelum peperiksaan itu, saya tidak dapat menjawab soalan yang diberikan jadi apabila peperiksaan kedua di teruskan, saya menukar posisi saya ke depan kerana kawan saya yang pandai berada di bahagian depan kelas. Saya duduk di belakang kawan saya itu untuk meniru dan tanpa saya sedari, saya berada di tepi seorang perempuan yang langsung tak cantik, muka berbintik-bintik dan sombong, malahan dia seorang anak bongsu (saya anti-anak bongsu).

Keesokan harinya, saya berada di tepi perempuan itu lagi tetapi pada hari itu perempuan itu ada beritahu bahawa teman lelakinya tidak suka saya duduk di situ. Teman lelaki perempuan itu adalah kawan baik saya. Saya tidak menyangka apa-apa pada mulanya namun pada masa rehat, teman lelaki perempuan itu datang kepada saya dan bergurau melebihi batas dengan saya sehingga menyakitkan fizikal dan hati saya. Namun kerana masih menganggap dia kawan baik saya, saya masih tidak menyangka apa-apa.

Selepas habis peperiksaan kedua, tibalah masa untuk pulang ke rumah namun garaj motor masih lagi tidak dibuka jadi saya menunggu di dalam kelas. Tiba-tiba kawan baik saya datang ke kelas saya untuk berjumpa dengan teman wanitanya. Selepas beberapa minit dia datang ke arah saya dan menumbuk saya di kepala dan di perut dan berkata "geram weiii!!". Selepas itu saya terus senyap kerana terkejut dan amat marah dengan perlakuan itu.

Sejak hari itu, saya tidak menganggap dia kawan baik saya lagi. Selepas menceritakan perkara itu kepada kawan saya yang lain, kawan saya yang lain memberitahu yang dia pernah menumbuk beberapa orang sebelum ini juga kerana dengki yang melampau! Dengki di tahap bodoh! Dia tidak sedar bahawa dia seorang yang hodoh, hitam legam, miskin, dan perangai pula jahat. Dia sudah buta dengan cinta hingga sudah lupa semuanya. Saya masih ingat, 3 hari sebelum perkara itu terjadi, saya bergambar dan bersuka ria dengannya. saya berasa sangat menyesal dan memadam semua gambarnya dalam 'handphone' saya. Dulu semasa mula2 mengorat teman wanitanya, sayalah yang menjadi rujukan untuk ayat2 yang kemas dalam mengejas namun semua itu sudah tudak bermakna apabila dia mabuk cinta.

Saya juga di khabarkan dia sering membawa teman wanitanya merata-rata tempat dengan motosikal tanpa segan silu.

Saya hilang seorang kawan sebab cinta!! NAK BERCINTA POM AGAK2 LAR!

KALAU BREAK DGN KEKASIH, KWN MASIH ADER!! KALAU BREAK DGN KAWAN KITA AKAN MERANA !!!
Posted by SayFull at 9:47 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Shinigami Purple Skull - Soul Eater

wish box

Telefon, Kamera, Lappy sendiri
Lesen Kereta
Masuk Universiti
Motor & Kereta Sendiri

About Me

My photo
SayFull
nothing paranormal bout me...
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  14 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  13 (3)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ►  12 (57)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (12)
    • ►  January (8)
  • ▼  11 (14)
    • ►  December (13)
    • ▼  March (1)
      • Kawan Makan Kawan !!
  • ►  10 (11)
    • ►  December (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)

Followers

add me

Penjenayah Kolar Putih

Reka Lencana Anda

Total Pageviews

Awesome Inc. theme. Theme images by hdoddema. Powered by Blogger.