Sekarang dah mula merasa sunyi. Tiada lagi karaoke, tiada lagi futsal petang jumaat, tiada lagi kedai Kak Zie (kedai makan tempat kami selalu lepak), tiada lagi permainan Betul ke Bohong, tiada lagi jamming.
Semua tu tiada lagi dgn pemergian hampir semua kawan2 ku ke tempat pengajian masing2. Hanya tinggal seorang saja kawan tu pun yg sudah nak kawen (sudah tidak berapa peduli akan persahabatan).
Gila, sunyi gila rasanya. Epu masih sayangkan kerja jaga Cyber Cafe Epu tapi bila Epu kerja kat sini, Epu rasa sunyi gila. Sebab tiada rakan sekerja yg boleh dibuat berbual. EMMM.
Epu rasa nak pergi kerja kat tempat lain la. Tempat yg ada rakan sekerja yg ramai. Tunggu panggilan pengajian pun sekadar berharap jer la. EMMM..
arggghh !! Sunyi gila, rasa nak menangis. Tiada lagi gelak tawa. Dgn siapa selepas ini Epu nak bergelak tawa ? Sunyinya dunia selepas zaman persekolahan. Sumpah! Lau boleh, nak kembali ke zaman persekolahan.
Zaman kesunyian Epu akan bermula pada minggu hadapan. Takkan ada seorang pun yg tinggal di kampung bermula minggu hadapan. 1st time rasa sunyi gila camni!
Harap "I" ada masa utk mengisi kesunyian Epu.

No comments:
Post a Comment