-->

EPOOL BLoGiSm : Bout My True Story ⎝⓿⏝⓿⎠

Pages

  • Home

Search This Blog

Tuesday, December 20, 2011

Bila Cinta Datang Kembali


Jangan salah faham ex? Bukan kekasih lama yg datang kembali, tetapi perasaan dilamun cinta datang kembali.

Nak berceritalah sedikit sebanyak tentang diri saya kebelakangan ini. Sememangnya saya dilamun cinta namun kehidupan yg "busy" atau lebih dikenali sebagai 'PROJEK MAKAN & TIDUR SETIAP HARI' yg menghalang saya utk lebih menyayangi dan mengambil berat tentang 'I'.

Sori 'I', maybe dalam seminggu dua lagi saya akan lebih mengambil berat tentang awak. Lebih2 lagi bila 'I' diganggu 'sesuatu'. Rasa nak marah jugak lah bila orang yg kita sayang diganggu oleh pape pun makhluk Allah. Rasa macam nak pergi kat rumah 'I', peluk dia biar dia selamat dalam dakapan saya. Tiada siapa yg mampu ganggu dia lagi. Tapi apakan daya, hubungan kami tidak lagi bersambung dengan rasminya. So hanya mampu berharap abang kesayangannya menjaganya dengan baik (sayang bakal abang ipar ku).

1 lagi, "jerawat cinta" sudah tumbuh di muka. Hanya satu jer menandakan hanya 'I' seorang jer sudah terpahat di hati (memang xder orang lain yg baik dgn saya). Alalalala, sweetnyer. Harap2 'I' bahagialah dengan saya ex.

ps :
Lau 'I' tak bahagia, bagitau la, saya akan pergi dari hidup dia serta-merta.
Saya Sayang Awak Sangat2, Anje.....................
Posted by SayFull at 12:22 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

2 Hari Sudah Berlalu

2 hari dos x updet blok, malas eyhh. Xdop modal etep nok kecek gapo. Gewe tersayang pom tido dos, x oyak pom nok tido. Anje-anje. Ish2. Tapi male ni meme aso banggo nok mapuh, tapi tak tahu bakpo.

Takpo dok kawe kecek Klate sikit dop? Kito ore Klate etep, kade-kade nok ugop guno bahasa negeri kesayange kito dop.

Rindu wess sero kow 'I', bilo la xtau nok gi dating skali nge dio. Saye la jugop kow dio, namo ugop gewe dop? Lau x saye baip xsoh gewe. Nok oyak saye lebih2 kea malu plop bab ore jate nih xleh saye lebih2 kow puan, nati dio ukah atas palo. Tapi meme kawe saye sunggoh kow dio. Dio comel etep, nok puji depan dio takot koya pulop. haha. Biase laa gewe dop. Sedap ugop kade2 paggil dio 'syg', 'cyunk'. Buleh kiro laa, time2 rindu do'os mulo laa stat nok panggil 'syg', 'cyunk'. Tapi kawe duk risau loni kalu baloh rano eh? Adat bergewe, xleh lari dos baloh2 ni. Arap2 x baloh laa dop? Lau baloh pom bia mudoh baso laa 'I' tuu.

Sori laa neh, xdop modal do'os male nih. Nati lah kalu ado modal sikit2 kawe updet blok pulop. Ni pun bele2 tunggu 'I' takot2 dio bangun ko. haha............

ps :
Modal mari dos. Haaaa.... lah mari doss tuu... huhu
Buleh ugop adik kakok baco cite kawe male nih, haha.....
Posted by SayFull at 12:06 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, December 17, 2011

Menolong Membaiki Kisah Cinta Kawan Saya


Kisah berlaku apabila terjadi pergaduhan besar antara pasangan ini. Secara tak sengaja si lelaki terkeluar bahasa yang amat kasar. Pergaduhan itu berakhir dengan tangisan teresak-esak si perempuan. Apakan daya, si lelaki pun tak sanggup melihat pasangannya menangis teresak-esak, lalu mengajak saya mencari alat paling mujarab dalam proses memujuk iaitu 'Bunga Mawar Merah'.

Mula-mula kami meronda KB mencari kedai bunga, setelah beberapa lama mencari akhirnya menjumpai sebuah kedai kecil yang menjual bunga. Sungguh lega rasanya, namun masalah belum selesai. Selesai tuan kedai membungkus bunga mawar itu, kawan saya membayar harga bunga itu dengam duit RM50 namun tuan kedai tiada baki untuk di pulangkan. Kawan saya terpaksa berjalan kaki mencari sebuah kedai yang mempunyai wang yang kecil. Setelah kawan saya jauh berjalan akhirnya menjumpai sebuah kedai yang mampu memberikan tukaran wang RM50 kepada jumlah yang lebih kecil. Saya melihatnya terasa tersentuh, dari jauh saya melihat gaya berjalan, kederasan berjalan sambil menggaru-garu kepala menampakkan keikhlasannya mencintai pasangannya. Setelah selesai membayar, kami pulang dengan gembira.

Dalam perjalanan pulang baru saya perasan yang setiap kali melalui lampu isyarat, ia akan bertukar hijau. Mungkinkah "cupid" menolong kami? haha. Mengarut, 'cupid' tak wujud. Namun setelah sampai di selekoh lorong ke rumah si perempuan, tiba2 ternampak ayah si perempuan keluar dengan kereta. Kebetulan ke? Dengan pemergian ayah si perempuan cerita berjalan lancar untuk proses memujuk.

Sesampainya saya di rumah si perempuan, saya tidak dibenarkan melihat saat-saat indah proses memujuk itu kerana kawan saya malu. haha. Namun saya puas hati dapat menolong kisah cinta kawan saya sehingga baik semula. Semoga kekal la yer..

ps :
Kisah cinta saya, heroin tak balik2 lagi dari jauh, huhu...............
Posted by SayFull at 7:48 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Menempuh Hari-hari Yang Sunyi




Dulu, masa masih bersekolah selalu saya impikan cuti yang panjang. Bukan tidak mahu bersama kawan-kawan tapi letih nak bangun pukul 6 setiap pagi. Memang menyeksakan. Setiap saat bersama kawan-kawan amat menggembirakan. Selalu ketawa, buat lawak, buat orang ketawa, mem"bobot".

Hari terakhir yang paling bermakna dalam hidup saya adalah Last Exam Day. Hari itu di sambut bersama hari jadi saya. Walaupun tanpa si 'A' yang tak ada gigi namun hidup saya makin bermakna dengan adanya kawan-kawan dan dengan kehadiran si 'I' yang bertakhta di hati.

Selepas tamat peperiksaan, pada 15 Disember, masih bergembira dengan kawan-kawan dengan bercuti ke Kolam Air Panas La dekat Terengganu. Lepas itu, pada 16 Disember masih bersama kawan-kawan tetapi hanya bertiga. Pergi mengacau "suro" dekat kampung datuk kawan saya di Tumpat.

Dan pada 17 Disember iaitu hari ini, selepas keletihan yang di 'mampatkan' selama 2 hari, akhirnya dapat rehat yang secukupnya. Namun hari ini saya merindui kawan-kawan saya. Sangat-sangat merinduinya. Kitorang takkan dapat lagi berkumpul seperti masa bersekolah dulu.

ps :
Saya baru menerima panggilan, kawan saya mengajak saya pergi ronda-ronda KB. Kesunyian ini masih belum berakhir! Kawan saya masih ada! I LOVE FRENZ!!


"JIKA CERITA BERPENAMAT DENGAN KESEDIHAN, CERITA INI MASIH BELUM TAMAT"
Posted by SayFull at 12:03 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Jangan Tinggalkan Saya Jauh Sangat Yer !


Kelmarin, pada 16 Disember, 'I' telah bertolak ke *tut* *tut* dan semakin jauh dari saya. Nak telefon pun serba salah bab kat sana tiada tempat tulis "zon bergayut". Semua tempat ada orang, malu la nak bergayut depan orang kan. Tapi apa2 pun 'I' jaga diri baik2 yer. Sejauh mana pun awak pergi, awak tetap di hati saya tapi jangan pergi "jauh sangat" ex ? Takut nanti awak tak bleh pulang kepada saya, saya akan sedih macam yang awak cakap "seperti kucing hilang anak". Saya tak nak perkara macam itu terjadi kepada saya sekali lagi.

ps :
Saya sayang 'I' sangat2............
Posted by SayFull at 11:32 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, December 16, 2011

Saya Sayang 'I'


Harap awak hepi dengan saya ex............

You complete my story...........
Posted by SayFull at 2:49 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saya Masih Ingat

Dulu, masa kita masih blom couple, saya suka wat awak bingung dengan ayat2 yg susah tuk di fahami seperti "kadang2 kita mencari jawapan yang sudah ada di depan kita". Saya suka bila 'I' bingung dan bertanya soalan yang tak ikhlas di tanya, haha.

Dulu juga, saya masih ingat saya bagi satu lagu kat awak. Lagu tuu di popularkan oleh kumpulan Brainstewz bertajuk "Hanya Kawan". Mula2 awak baca tajuk lagu tu "Hanya Kawan", maybe laa masa tuu awak ingat saya juz nak berkawan dengan awak dats why saya suruh awak dengar dan memahami lirik lagu tu. Tapi dia masih tidak faham mesej yang di beri oleh lagu tu. Lirik lagu tu berbunyi :

Bagi diri mu ku hanya rakan mu,
Bagi diri ku kau lebih dari itu
Hanya tuhan saja yang tahu perasaan ku,
Hidup ku tak menentu....

Masa tu awak tanya, saya bagi lagu tuu kat dia atas sebab apa. Saya cakap "saje, lagu nie best". Maybe sebab tu laa awak tak faham maksud saya, awak ingat saya betul2 "saje lagu nie best".

Sekarang lagu tu dah macam 'trademark' relationship kitorang la sebab bila saya dengar jer lagu tu terus ingat kat 'I'. haha. Pape pun "gue nggak ngerti sih!"....
Posted by SayFull at 2:33 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Shinigami Purple Skull - Soul Eater

wish box

Telefon, Kamera, Lappy sendiri
Lesen Kereta
Masuk Universiti
Motor & Kereta Sendiri

About Me

My photo
SayFull
nothing paranormal bout me...
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  14 (1)
    • ▼  February (1)
      • I STILL MISS YOU
  • ►  13 (3)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ►  12 (57)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (9)
    • ►  March (10)
    • ►  February (12)
    • ►  January (8)
  • ►  11 (14)
    • ►  December (13)
    • ►  March (1)
  • ►  10 (11)
    • ►  December (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)

Followers

add me

Penjenayah Kolar Putih

Reka Lencana Anda

Total Pageviews

Awesome Inc. theme. Theme images by hdoddema. Powered by Blogger.