Masa sedang menyelongkar telefon, tiba2 terdengar muzik yg mendayu-dayu, berbunyi sedih. Epool pom bangkit dr sofa terus mencari dari mana bunyi itu, mungkin dr tv yg sedang di tonton ibu. Absolutely yes, dari tv yg sedang menyiarkan cerita korea bertajuk Stairway to Heaven. Terdetik di hati ingin melihat cerita ini. Tengok sekejap baru perasan yg cerita ini adalah cerita kegemaran ibu yg selalu ibu tonton dan hari ini adalah episod akhir. Sedih gila cerita itu hari nie.
Ceritanya begini :
(part yg saya tengok) ada seorang perempuan(buta) yg sudah bergelar isteri sedang bersiar-siar dgn seorang lelaki iaitu kawannya sejak kecil dan juga kawan suaminya. Dari kelakuan lelaki itu menunjukkan yg dia cintakan wanita itu, tiba2 ia menangis. Wanita itu terperasan lelaki itu menangis, dia tanya "mengapa menangis?" Dia cakap ini mungkin perjumpaan mereka utk kali terakhir sebab dia dah nak balik ke luar negara. Wanita itu memujuk laki2 itu dgn mengatakan yg mereka akan berjumpa lagi. Si laki2 tersenyum dan mengajak perempuan itu mengambil gambar bersama di mesin mengambil gambar. Laki2 bilang 1..2..3.. dia kiss perempuan tu dan snap gambar. Tibalah masa utk dia berpisah, masing2 ingin pulang ke rumah.
Dalam perjalanan itu, laki2 itu mengimbas kembali kenangan masa kecil bersama perempuan yg di cintainya sejak kecil lagi. Dia pun mengambil skarf iaitu hadiah pertama yg dia dapat di hari jadi pemberian perempuan itu dan dililit pada lehernya dan dia menangis. Pastu dia accident. Pada masa yg sama sedang perempuan itu tidur dgn nyenyak dia tiba2 tersedar kerana bermimpi buruk tentang kawannya yg laki2 tadi sambil menangis. Suami tersedar dan memeluk isterinya, tiba2 ada panggilan masuk mengatakan isterinya mendapat penderma mata. Lepas itu si suami mendapat tahu yg penderma mata itu adalah kawannya yg sememangnya sengaja membunuh diri utk menderma mata kpd isterinya atas sebab sayang. Laki2 itu juga meninggalkan permintaan agar tidak memberitahu isterinya tentang hal itu dan tentang kematiannya. Si suami menangis kerana sedih dan marah dengan tindakan kawannya itu. Selesai pembedahan, si suami membawa isterinya ke upacara pengebumian laki2 tadi dgn memberitahu bahawa itu upacara pengebumian penderma matanya. Isterinya mengucapkan "terima kasih dan berjanji kepada penderma matanya itu dia hanya akan melihat perkara baik dan perkara indah sahaja". Masa itu si isteri masih belum dapat melihat krn matanya yg belum sembuh. Selepas isterinya dapat melihat semula, mereka menjalani kehidupan yg bahagia dan si suami cuba melupakan kesedihan kehilangan seorang rakan baik dan cuba merahsiakan kematian kawannnya itu dari pengetahuan isterinya.
Selepas setahun, isterinya mendapat surat dari kawannya yg mati tapi tidak terkejut kerana menyangka kawannya itu masih hidup. Kawannya mengatakan yg dia telah menemui kekasih hatinya yg baru dan hidup bahagia di luar negara. Si isteri tersenyum gembira tanpa mengetahui TAE HWA SUDAH TIADA DI DUNIA INI UNTUK SELAMANYA.

No comments:
Post a Comment