Macam biasa, bila aku mimpi banyak yg aku x ingat. Tapi yg aku ingat, hantu tu tak pernah tunjukkan diri betul2 depan aku kecuali sekali tapi menjelma sebagai budak lelaki dengan rambut perang kerinting dia tarik tangan aku pastu ghaib. Takut giler aku!! Dia selalu kacau aku. Tetapi setiap kali aku bagitau ayah aku (ayah aku pengamal perubatan tradisional) dunia jadi gelap dan aku tersedar di atas katil. Maybe aku histeria kot. Lepas tersedar tu aku di kacau lagi dengan hantu tu, kadang2 tangan aku terangkat sendiri macam ada budak yg angkat, masa itu kawan aku takda (entah pergi mana). Sekali lagi aku menangis bagitau kat ayah aku, minta tolong ayah aku jauhkan aku dari benda itu. Tapi setiap kali aku bagitau, dunia jadi gelap, aku akan tersedar atas katil. 2, 3 kali jugalah aku histeria dan tersedar atas katil.
Last2, aku perasan mulut aku menyebut "Astaghfirullah hal'azimm". Lalu aku tersedar dan membuka mata. Nasib baik mimpi. Tapi masa aku tersedar tu aku perasan situasi aku sedar masa itu sama seperti aku sedar selepas histeria. Bezanya dalam mimpi bila aku tersedar budak mata hitam itu MENUNGGU DI HUJUNG KAKI AKU!!
Pengajaran :
Basuh kaki & baca doa sebelum tidur......

No comments:
Post a Comment