8.54am: singgah di 7E, beli makanan utk di makan di sana. Selepas beberapa minit perjalanan, dalam pukul 9 lebih, kami berhenti di sebuah kedai makan, breakfast dulu.
Pastu teruskan perjalanan, sampai di Lata Tembakah Terengganu pada pukul 11am.
Di situlah event bermula. Masa itu masih tiada orang lagi,terus tukar pakaian & terus mandi. 5 kawan yg lain tengah menikmati timun cina yg dibeli ditengah perjalanan. Mandi2, pastu bila sejuk, berjemur atas batu. Pastu turun mandi pulak, bila sejuk berjemur pulak. Kami ber-7 ulang benda itu 3 kali. Pastu, rasa dah boring sangat dah nie.
Masa itu kami dah hilang jejak masa sebab masing2 tinggal jam dlm beg takut basah, Epool dan PDK pergi menjelajah sekitar gunung, mencari tempat mandi yg kurang manusia. Mendaki punya daki, punya daki, punyalah letih. Masa itu tak membawa apa2 beban, just naik dgn tangan kosong tapi memang letih2 gila, rasa nak pengsan di situ juga. Tapi PDK asyik naik2 naik2 tanpa henti. Naik, naik, naik sampai tangga pun dah habis. Argghh! Takkan sudah seletih ini masih tidak mencapai ke puncak bukit lagi? Epool berazam utk mandi di puncak bukit, nak mandi di tempat yg berbaloi dgn keletihan yg ditanggung. Mendaki cerun2 hanya berpegang pada tali. Sesekali terjumpa tempat mandi yg hanya ada lelaki dan perempuan. Biarkan mereka disana, mungkin suami isteri barangkali (berfikiran positif). Pastu teruskan mendaki, Epool berhenti rehat beberapa kali sebab kepala dah pening nampaknya, hampir pengsan. Pastu tali pun dah habis tapi tetap tak sampai di tempat yg di tuju. Daki lagi, tiba2 nampak orang kat tempat bangku rehat yg di sediakan. Tengok baik2 rupanya itu SHMN yg turut sama mendaki menggunakan jalan yg sama tapi sampai dia dulu kat tempat bangku itu dan kami tak pernah nampak dia lintas kami sebelum ini. Di situ kami berasa pelik tapi pura2 buat tak tahu. SHMN mendaki bersama TPI & IWN, dan meninggalkan MIJ dan GHD kat bawah menjaga beg2 dan pakaian.
Selepas mendaki, kami ber-5 pun sampai ke destinasi tapi masih bukan puncak bukit. Cuma tempat mandi tertinggi yg selamat utk mandi iaitu tingkat ke-7. Punyalah cantik kawasan itu, terjaga! Cantik gila! Seperti pantai, berpasir & berbatu bulat2 kiut. Menyesal tak bawak kamera masa naik tadi.
Kami ber-5 terus terjun ke dalam air bersama krn letih, berpeluh & panas sangat. Selepas mandi seketika, PDK dan TPI yg suka menjelajah mendaki ke tingkat ke-8! Dia tinggalkan Epool, IWN & SHMN yg tengah mandi-manda. Tiba2 IWN pulop pergi mendaki seorang diri ke tingkat ke-8. Epool & SHMN pun taknak lepaskan peluang melihat tingkat ke-8 iaitu tempat punca air keluar dari perut bukit. Baru jer sampai ke tingkat 8, Epool nampak PDK, TPI, IWN dah patah balik & nak turun daa sebab dah puas meronda kawasan atas. Diorang cakap kat atas air memang dalam gila laa. Pastu diorang jumpa biawak bersaiz manusia. Memang besar gila diorang cakap. Pastu kami ber-5 turun semula ke tingkat 7 dgn berhati-hati. Selepas mandi-manda beberapa minit, PDK & TPI cakap nak turun kat bawah ambil kamera. Epool, IWN, SHMN ambil keputusan nak tunggu kat sini. Diorang pun turun. Maybe dalam 2 jam kami menunggu, baru mereka sampai. PDK, TPI datang membawa semua beg2 kami bersama 2 orang lagi kawan kami iaitu GHD dan MIJ. Seronok sangat rasanya, kamera ada, tembikai utk di makan pun ada, perlengkapan utk sembahyang pun cukup. Kami pun buat apa yg perlu di buat pastu sambung mandi-manda, tangkap ikan kecil, berenang-renang sampai puas.
Diorang dah cakap kalau boleh nak balik pukul 11pm, barulah betul2 bercuti namanya. Tapi diorang cakap Lata nie dah nak tutup sebab kat bawah tadi semua orang dah balik. So, masa itu menunjukkan pukul 5, so kami turun. Dalam perjalanan yg laju (turun bukit, brek tak makan) kami sempat singgah di tempat-tempat menarik utk snap, snap, snap picture.
And then, sampai jer kat bawah sekali, badan dah mula berpeluh semula, muka dah merah padam. Semua menuju ke kereta, Epool dan PDK pergi tempat b ersalin dulu. Epool sempat lagi mandi. Taknak badan melekit. Pastu siap jer menyalin pakaian, kami minum air di kedai makan berdekatan. Seorang pakcik yg menamakan dirinya Acik bercerita tentang kisah budak lemas dan kejadian2 pelik yg pernah berlaku di sini. Takut juga dengar kisah dia.
Huhu. Dalam pukul 6, kami bertolak pulang.
Cerita belum habis, kami singgah sembahyang di sebuah masjid yg besar. Lokasi entah dimana. Sekeliling masjid itu adalah kawasan yg sangat cantik dan bersebelahan sungai. Selepas sembahyang, kami terus ke pasar malam berdekatan. Membeli bekalan makanan krn sudah lapar sangat. Selesai makan, kami pun pulang. Haha.
<<<<
PS :
Sebenarnya taklah seronok sangat, sebab Epool tak pandai berenang.
Haha huhu...

No comments:
Post a Comment