-->

EPOOL BLoGiSm : Bout My True Story ⎝⓿⏝⓿⎠

Pages

  • Home

Search This Blog

Tuesday, March 13, 2012

R.O.K.O.K.


EpooL bukanlah nak ceritakan tentang ketagihan merokok atau merokok banyak kelebihan ke apa. Tapi nak menceritakan yg rokok juga memainkan peranan yg penting dalam hidup EpooL. Walaupun EpooL bukan seorang perokok tapi tipulah jika EpooL kata EpooL tidak pernah menghisap rokok. Adalah sekali masa kecil, terjumpa rokok daun ayah EpooL. Ayah EpooL pun bukanlah seorang perokok, dia hanya merokok bila ada kawan yg bertandang ke rumah membawa rokok daun. Dia menghisap rokok pun bukan utk menikmati tapi hanya utk menemani kawannya.

Bukanlah itu yg ingin di ceritakan. Dulu (dah lupa form 2 @ 3), masa itu EpooL masih kecil dan naif. EpooL pergi sekolah dgn basikal. 1 hari, kawan sekelas EpooL, NZR mengajak makan di warung selepas balik sekolah. EpooL pun pergi la, dia yg belanja masa itu. Lepas makan, dia menghisap sebatang rokok. Dia ada tawarkan kpd EpooL. So EpooL ambik la, tapi bukan utk dihisap, tapi utk di simpan. Haha, bodoh betul. Biasalah kanak2 yg tak biasa jumpa rokok.

Sesudah makan EpooL pun pulang. Masa itu dalam kira2 pukul 4. Sampai saja di rumah, EpooL pergi dekat mak EpooL, dan tunjukkan apa yg EpooL bawa balik tadi. Benda itu adalah ROKOK. Tengok jer benda alah itu, emak EpooL terus menyoal seperti polis. Beberapa minit lepas itu ayah pun turut serta dalam soal menyoal. Selepas disoal, macam biasa masuk dalam bilik pecat baju sekolah tidur sampai petang.

Tiba2 tersedar, sudah petang gamaknya sebab terasa sangat panas bahang matahari yg memancar saat itu. Bila diamati, terdengar suara ayah dgn mak sedang bertengkar mulut di dapur. Tapi taklah sampai tengking2. Seperti berbincang tapi ada sedikit ketinggian suara. Bila dengar baik2, EpooL dengar mereka berbincang tentang EpooL. Haduihh, ingat kena pukul dah EpooL kalau EpooL keluar bilik masa itu. EpooL tak keluar. Pura2 tidur.

2,3,4 hari selepas itu, EpooL tak lagi menunggang basikal ke sekolah. Di situlah EpooL mula2 bertemu 'I' iaitu diatas van, EpooL menumpang van ayah 'I'. Rupa2nya ayah dan mak berbincang tentang EpooL, risau takut EpooL terjerumus ke dalam gejala merokok. So mereka putuskan utk tidak mengizinkan EpooL ke sekolah dgn basikal lagi. EpooL pun suka sebenarnya naik van. Skandal EpooL dan 'I' pun naik van bersama-sama. Hahaha....

PS :
1 jer kelebihan merokok dgn banyak. Takkan tua.
Sebab apa ? Mati masa muda lagi, tak sempat tua.
Posted by SayFull at 3:36 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Shinigami Purple Skull - Soul Eater

wish box

Telefon, Kamera, Lappy sendiri
Lesen Kereta
Masuk Universiti
Motor & Kereta Sendiri

About Me

My photo
SayFull
nothing paranormal bout me...
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  14 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  13 (3)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ▼  12 (57)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (9)
    • ▼  March (10)
      • Missing You Make Me Crazy
      • Tanda2 Seseorang Itu Dilamun Cinta
      • Baru Dikatakan Bercuti
      • R.O.K.O.K.
      • Teringin Juga
      • Post ini adalah utk K>I>S>B>M>M
      • Perit dgn Kerja !
      • Happy Moment
      • Kesedihan Menghantui Diri
      • Gone...
    • ►  February (12)
    • ►  January (8)
  • ►  11 (14)
    • ►  December (13)
    • ►  March (1)
  • ►  10 (11)
    • ►  December (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)

Followers

add me

Penjenayah Kolar Putih

Reka Lencana Anda

Total Pageviews

Awesome Inc. theme. Theme images by hdoddema. Powered by Blogger.